AHLI PAS PERLU TINGKATKAN KUALITI TAQWA - MAZLAN ALIMAN
>> 13 Disember 2009
TELUK INTAN, 12 Disember - Para pejuang Islam khususnya ahli-ahli PAS perlu sentiasa berusaha meningkatkan kualiti taqwa dan kualiti pengorbanan mereka sebagai menghadapi serangan musuh-musuh Islam khususnya UMNO/BN dalam konteks negara ini.
Islam merupakan satu produk yang perlu dipasar dengan pendekatan sesuai dan menarik - YB Haji Anuar Sudin.
Pendekatan muwajahah silmiyyah terbukti berkesan apabila kita berjaya menawan beberapa negeri bersama PR - Ustaz Ismail Che Nik, YDP PAS Teluk Intan.
Hubungan dengan Allah perlu sentiasa dilebihkan daripada perkara-perkara lain agar hati setiap pejuang kebenaran sentiasa terikat dengan Allah yang dapat menghindar diri dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pejuang Islam. Demikian pidato yang telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sdr. Mazlan Aliman di dalam program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kawasan Teluk Intan malam tadi. Ijtimak telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
"Apabila taqwa kita berkualiti, maka kita akan mudah mendapat hidayah dan pertolongan daripada Allah SWT," jelas beliau.
"Pada masa yang sama kualiti pengorbanan kita juga perlu ditingkatkan demi memenangkan Islam" tambah beliau lagi.
Beliau menyampaikan pidato bersemangat di hadapan para peserta yang terdiri daripada pimpinan PAS kawasan, ketua-ketua UPU serta seluruh petugas jentera pilihan raya kawasan dan unit peti undi.
Beliau juga menyatakan juga di samping meningkatkan kualiti taqwa, aspek strategi juga amat penting dalam mengatur gerak kerja pilihan raya. Strategi yang betul dan ampuh akan dapat mendekati pengundi-pengundi. Beliau juga meminta jentera pilihan raya memikirkan beberapa pendekatan yang terbaik bagi memenangi hati pengundi Melayu yang mungkin kita terlepas pandang akibat tumpuan berlebihan terhadap pengundi bukan Melayu.
Akhir sekali, beliau menekan kepada aspek tarbiyah sebagai satu cara memantapkan organisasi UPU.
"Bagi saya mudah sahaja. Jika di UPU atau cawangan itu hidup aktiviti usrahnya maka insyaAllah jentera pilihan raya UPU itu juga akan hidup dan begitulah sebaliknya jika usrah tidak ada maka agak payah UPU itu nak menang," jelas beliau.
Ini adalah kerana apabila adanya aktiviti usrah, maka ukhuwwah sesama ahli di cawangan akan kukuh maka secara tidak langsung akan memantapkan apa sahaja gerak kerja parti terutama gerak kerja pilihan raya.
Turut menyampaikan ucapan ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik dan ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin.
Sebelum itu, Sdr. Mazlan Aliman sempat meluangkan masa menziarahi seorang aktivis PAS yang uzur akibat stroke di Kampung Bahagia. Sdr. Mohamad Antong, bekas AJK PAS Cawangan Kampung Bahagia telah menderita keuzuran akibat stroke lebih tiga tahun.
Sdr. Mazlan Aliman menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Mohammad Antong, aktivis PAS Cawangan Kg. Bahagia yang terkena stroke.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan