Program Ziarah Mantan YDP Teluk Intan
>> 13 Julai 2008
Pada 11 Julai 2008, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengunjungi Ustaz Johar atau lebih dikenali sebagai Wak Johar di kediamannya di Kg. Padang Tembak. Rombongan PAS kawasan telah diketuai oleh YDP Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP Sdr. Rostam, Ketua Urusan Ulama' kawasan Ustaz Subri, Haji Jaafar Mingan dan Haji Zainun Nengah.
Objektif lawatan ini adalah sebagai menghargai peranan bekas YDP iaitu Wak Johar dalam membangun membangunkan PAS di kawasan Teluk Intan. Ini adalah salah satu usaha pihak PAS kawasan untuk mendapatkan seberapa banyak yang mungkin tentang sejarah PAS Kawasan Teluk Intan.
Oleh itu, siri ziarah mantan YDP diharap dapat memberikan satu motivasi kepada saf pimpinan kawasan yang sedia ada untuk bekerja keras lagi demi melihat Islam berkembang.
Sebagai makluman, Wak Johar merupakan salah seorang pengasas PAS di Teluk Intan dan juga merupakan YDP yang kedua selepas Tuan Haji Jamaluddin Othman. Wak Johar juga pernah bertanding dalam PRU tahun 1982 di peringkat DUN Batak Rabit (dulu).
Pada akhir pertemuan, Wak Johar yang masih diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT telah menasihati pimpinan yang ada agar teruskan perjuangan. Pihak PAS kawasan juga telah menyampaikan sumbangan kepada Wak Johar.
0 ulasan:
Catat Ulasan