STRATEGI MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
>> 15 Julai 2008
Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Naib Presiden PAS telah menyarankan kepada semua ahli PAS enam (6) langkah bagi mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat khususnya bagi PAS sendiri, iaitu :
- PAS perlu diperkasakan di semua peringkat antaranya dengan menambahkan bilangan ahli dan cawangan PAS sebanyak mungkin. Adanya kekuatan PAS, segala gerak kerja parti dan kerajaan negeri akan terhasil.
- Minset ahli-ahli8 PAS di semua peringkat mesti berubah, perlu berfikir bukan seperti pembangkang tetapi sebagai pemerintah (kerajaan). Jadi perlu menunjukkan sikap adil, bijaksana dan rendah diri. Ahli perlu menerangkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang adil saksama, beramanah, telus dan bermaruah.
- Ahlli PAS harus mengukuhkan hubungan baik dengan rakan-rakan alam Pakatan Rakyat serta menunjukkan sikap amah mesra dan ambil peduli akan nasib rakyat di peringkat akar umbi. Jangan harapkan kerajaan, tetapi PAS sendiri perlu proaktif tunjuk sikap prihatin dengan nasib rakyat berbilang kaum.
- Menyebarluaskan maklumat tentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat Perak melalui penganjuran program-program kemasyarakatan dan kebajikan rakyat.
- Program tarbiyah mesti menekankan aspek pengisian kemenangan (tamkin) iaitu melaksanakan kerajaan yang adil, telu, berkebajikan dan beramanah.
- Untuk memperkukuhkan aspek tarbiyah, usrah cawangan dan kawasan hendaklah diadakan sekerap mungkin, di samping program bulanan liqaul fikri peringkat negeri.
0 ulasan:
Catat Ulasan