MENGAPA SAYA PILIH UNGKAPAN 'MAMPUS UMNO'
>> 12 Januari 2012
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..
Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....
Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....
Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.
Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.
Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..
Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....
Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…
Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...
Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....
Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….
Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.
*Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan keizinan beliau. Utusan Malaysia semalam mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan".(harakahdaily)
7 ulasan:
kalau aku akan kata "MAMPUS UMNO DIPANAH PETIR"
belajar lah ikut akhlak nabi..
buruk dibalas baik...
semoga orang lain dapat hidayah dari ketinggian akhlak kamu...
akhlak yang terbaik akhlak nabi..
umno itu orang islam juga..sayangi lah mereka..bukan mencerca sebab cercaan kamu akan menjauhkan mereka dari agama...
dakwah ikut cara nabi, bukan cara politik keji..
makcik di kampung tanya, siapa sebenarnya yg nak didakwah sampaikan ayat tu jd tak sesuai utk dakwah hari ni? regim ameno yg dua tiga kerat tu atau masyarakat? mcmn pulak dgn sikap rasulAllah kpd penduduk taif yg menghina baginda? tak sesuai jugak? takdak sapa yg simpati dgn ameno, tp mmg teguris hati. tau tak mcmn payahnya nak menjawab pada pnyokong chua soi lek pasal besalam ni? cukup la video tu jd fitnah kpd agama, jgn la nak menambah lg dgn cakap2 ayat Al Quran tak sesuai pd suasana hr ni.
apa pun amno pastikan kena mampos!
WAH BAHASE2 MAKCIK2 KAT SINI BLEH TAHAN YER..YG CKP DIZALIMI TU KENAPE MAKCIK2? MAKCIK2 SUME KENE ROGOL KAH DI MALAYSIA NI?? MCM KT INDIA/PAKISTAN/AFGHANISTAN..MAKCIK2 NI X SEDAR UNTUNG..
MAMPOS PAKATAN RAKYAT LAGI SESUAI. PAKATAN YANG MELIBATKAN MUSUH ISLAM YANG SAHIH TANPA RAGU-RAGU... DAP !!!! APA KE BAGHAL NYE YANG KATA LANGKAH MAYAT KU DULU KALAU NAK ISLAM SECARA JELAS LAFAZNYA PUN BOLEH DITERIMA SBG TEMAN UNTUK JATUHKAN PARTI YANG BERDEKAD MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI ASAS... PI MAMPOS PKR.. PI MAMPOS DAP !!!
APA NI..MUSLIMAT PAS NANYI SERUPA LAGU GOPSEL..LAGU GREJA...TAK DE LAGU LAIN KE NAK NYANYI. MENYANYI LAGU NASYID KAN BAGUS. BUAT MALU KAUM JE. NAK BUAT PIKIOR LER DULU.
Catat Ulasan