ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI SG. KERAWAI
>> 20 Januari 2012
TELUK INTAN, 20 Januari - Pada minggu ini, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah melakukan ziarah Jumaat di Kg. Sungai Kerawai. Turut serta ialah pembantu khas beliau Hj. Mohammad Akram Ayub dan Timbalan YDP PAS Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki. Ia bermula dengan solat Jumaat di Masjid Kg. Sungai Kerawai. Kehadiran YB Anuar telah disambut mesra oleh para jemaah masjid dan tuan imam.
YB Anuar dan Hj. Akram beramah mesra dengan Ketua Kampung Sg. Kerawai. |
Usai solat Jumaat, beliau telah dibawa oleh Ketua Cawangan PAS Sg. Kerawai, Hj. Jumali Sadeli bertemu penduduk di Kg. Selat Manggis. Pertemuan tersebut adalah berbentuk santai di mana ADUN Changkat Jong itu berbual-bual mesra dengan penduduk kampung di halaman rumah sambil menyampaikan penerangan tentang Islam dam perjuangannya. YB Anuar juga mendengar masalah penduduk di situ.
YB Anuar berbual santai dengan penduduk kampung. |
Penduduk kampung mendengar penerangan dari Hj. Akram. |
Penduduk kampung mula memenuhi halaman rumah. |
Menurut Hj. Jumali, kampung tersebut mempunyai 16 buah rumah dan kebanyakan penduduknya bekerja sendiri seperti menangkap ikan, berkebun sawit dan lain-lain lagi.
Suasana yang tidak formal tetapi mesra itu berjalan selama lebih sejam dan diakhiri dengan YB Anuar menyampaikan agihan duit zakat kepada para penduduk.
YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk kampung. |
Bergambar bersama sebahagian penduduk kampung. |
Kemudian, YB Anuar telah dibawa menziarahi seorang penduduk kampung di Sg. Kerawai yang baru terkena angin ahmar. Sambil bertanya khabar, wakil rakyat itu turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan