TELUK INTAN, 18 Februari - Pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan Program Penerangan Bersama Cik Kumutha Raman, Ketua Wanita DHPP Pusat. Program tersebut juga adalah kerjasama dengan DHPP Teluk Intan. Turut serta ialah ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
|
Timbalan Ketua Muslimat kawasan, Pn Hjh. Faridah bersama Ketua Wanita DHPP Teluk Intan (kanan sekali). |
|
Jamuan disediakan oleh muslimat. |
Program penerangan berbentuk ceramah kelompok tersebut lebih kepada fokus kepada lokasi-lokasi yang terdapat kaum India. Sebanyak empat lokasi telah dipilih iaitu Bt. 3 Setengah Jln. Changkat Jong, Bt. 12 Jalan Bidor, Taman Muhibah Bt. 6 dan Taman Metah di Jalan Maharajalela dekat sini. Ia bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir ke lokasi terakhir pada jam 7.30 malam.
|
Ceramah kelompok di Batu 3 Setengah. |
|
Dialog di Batu 12. |
|
Lokasi ceramah kelompok di Taman Muhibah, Batu 6. |
|
YB Anuar berceramah di Taman Metah, Jalan Maharajalela. |
Cik Kumutha dan YB Anuar Sudin telah menyampaikan penerangan berkisar perjuangan kaum India serta isu-isu semasa dan perkembangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Setiap kali selesai ceramah, para penduduk juga dapat berdialog dengan penceramah. Secara keseluruhannya, sambutan yang diberikan adalah sangat baik dan ramai yanng berharap agar program penerangan seperti dapat dijalankan lebih kerap lagi.
|
YB Anuar Sudin dan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh sempat menziarahi warga emas India yang kena strok di Taman Muhibah Bt. 6. |
Pada sebelah malamnya pula, kedua-dua penceramah tersebut telah bersama-sama berceramah di Taman Desa Bakti dekat sini. Kehadiran pada malam tersebut juga begitu menggalakkan.
|
Cik Kumutha menyampaikan ceramah di Taman Desa Bakti. |
|
NYDP PAS Teluk Intan, Sdr. Ahmad Kabir turut menyampaikan ceramah. |
|
YB Anuar dengan gaya bersahaja menyampaikan ceramah yang penuh dengan fakta. |
|
Ramai yang hadir terutamanya kaum India. |
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan