TELUK INTAN, 12 Februari - Misi DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera diteruskan oleh ADUN Changkat Jong dengan mengadakan ziarah kebajikannya ke Kg. Padang Tembak. Selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Kg. Banjar, beliau telah hadir ke majlis sambutan maulidur rasul di sebuah surau dekat sini
|
YB Anuar turut sama mendengar ceramah maulidur rasul. |
|
Sebahagian muslimat yang hadir mendengar ceramah. |
|
YB Anuar menyampaikan ucapan. |
Beliau turut diberi peluang menyampaikan ucapan selepas majlis ceramah maulid. Kemudian turut menikmati jamuan bersama-sama hadirin.
Selepas itu, YB Anuar Sudin bersama kepimpinan PAS Cawangan Kg. Padang Tembak Dalam berserta muslimat telah melawat ke empat buah rumah di mana sebahagian besar adalah kalangan warga emas yang uzur dan ibu tunggal di Kg. Cerah, dekat sini.
|
Menjengah teratak rakyat. |
|
Bersama seorang warga emas. Turut serta Ketua Cawangan Padang Tembak Dalam, Hj. Ramli Jilani (kiri). |
|
Muslimat PAS Padang Tembak menyantuni seorang warga emas. |
|
YB Anuar menziarahi seorang penduduk yang sakit buah pinggang. |
|
YB Anuar bertanya khabar seorang warga emas. |
Kemudian, YB Anuar telah melawat tiga buah rumah lagi di sekitar Kg. Tersusun Padang Tembak. Turut serta ialah ahli jawatankuasa cawangan Padang Tembak, pemuda dan muslimat cawangan. YB Anuar turut mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan masalah rumah yang dikunjungi. Banyak mesej dakwah dan politik telah disampaikan oleh beliau.
Selepas itu, beliau telah bergegas pula menziarahi kematian ibu seorang ahli DHPP Teluk Intan di Batu 12, Jalan Changkat Jong. Beliau telah disambut mesra oleh pihak tuan rumah dan penduduk di situ.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan