Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

SEDIKIT FAKTA TENTANG KERUSI P59 BUKIT GANTANG

>> 12 Februari 2009



  • Asalnya Parlimen Bukit Gantang adalah kawasan selamat atau kubu kuat UMNO/BN sewaktu Pilharaya Umum
  • Dalam PRU11 tahun 2004, calon PAS Dr. Lo' Lo' Ghazali telah bertanding di kawasan ini tetapi telah kalah dengan calon BN/Gerakan walaupun peratus pengundi Melayu adalah majoriti.
  • Dr. Lo' Lo' telah kalah dengan BN mendapat majoriti 6702 undi.
  • Pada PRU12 tahun 2008, calon PAS Haji Roslan Shaharum telah berjaya mencatat sejarah apabila mengalahkan calon BN Dato' Seri Abdul Azim Abidi (bendahari UMNO)
  • Haji Roslan Shaharum mendapat 20 015 dan Abdul Azim Zabidi mendapat 18 449.
  • Pada PRU12 juga merupakan pertembungan tiga penjuru di mana seorang lagi calon ialah calon bebas iaitu M. Mogan.
  • M. Mogan telah mendapat 882 undi.
  • Haji Roslan Shahaom menang dengan majoriti 1566.
  • Jumlah pengundi ialah 55 471.
  • Pengundi Melayu ialah 63.5%.
  • Pengundi Cina ialah 27.1%.
  • Pengundi India ialah 9.1%.
  • Lain ialah 0.3%.
  • UMNO kata BN kalah sebab Abdul Azim ialah calon luar.

Read more...

LAPORAN KEPADA SPRM TERHADAP MB HARAM


Syed Jaymal Zahiid Feb 12, 09 12:58pm
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini. Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun. Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.

"Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti tersebut.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.

Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai. Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.(malaysiakini)

Read more...

MANTAN YDP PAS TELUK INTAN MENINGGAL DUNIA - AL FATIHAH


12.2.2009 - Mantan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Johar Ahmad (juga dikenali panggilan Wak Johar) telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 3 pagi tadi. Allahyarham telah meninggal dunia setelah menderita barah hati.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjidut Taqwa, Kampung Padang Tembak, Teluk Intan pada pukul 11 pagi tadi. Kehadiran yang begitu ramai baik dekat mahupun jauh, menunjukkan bahawa Allahyarham merupakan seorang tokoh masyarakat dan politik yang dihormati. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan.

Blog ini pernah melaporkan tentang keadaan Wak Johar yang sudah beberapa kali masuk hospital akibat menderita barah hati.

Sebagai makluman, Ustaz Johar Ahmad, 79, atau lebih dikenali sebagai Wak Johar merupakan salah seorang pengasas PAS di Teluk Intan dan juga merupakan YDP kawasan Teluk Intan yang kedua selepas Tuan Haji Jamaluddin Othman. Wak Johar juga pernah bertanding dalam PRU tahun 1982 di peringkat DUN Batak Rabit (dulu).

Semasa hayatnya, walaupun uzur namun beberapa program parti telah beliau hadiri dan banyak memberi pandangan demi kebaikan PAS kawasan. Pada 11 Julai 2008, PAS kawasan Teluk Intan pernah menziarahi beliau di rumahnya di Kg. Padang Tembak. Pada akhir pertemuan tersebut, Wak Johar telah menasihati pimpinan kawasan yang ada kini agar sentiasa istiqamah di dalam perjuangan yang suci ini.

Pada kesempatan ini, ADUN Changkat Jong dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan, Urusan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat mengucapkan takziah kepada keluarga Wak Johar. Semoga mereka bersabar atas kehilangan orang yang tersayang.

Pihak PAS Teluk Intan amat-amat merasai kehilangan Allahyarham Wak Johar. Semoga ruhnya akan di tempatkan dalam kalangan para mujahidin dan solihin.

Al Fatihah...

Read more...

MB PERAK DIHALANG MASUK KE PEJABAT

>> 10 Februari 2009


IPOH, 10 Feb (Hrkh)- Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi tadi dan beliau akur dengan arahan tersebut.

Menteri Besar bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sampai di pintu masuk jam 11.05 pagi sebagai memenuhi janjinya untuk datang ke pejabatnya hari ini.

Sebelum itu di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dikawal ketat oleh pihak polis anggota polis simpanan persekutuan (FRU). Namun kawalan ketat pihak keselamatan sedikit pun tidak mematah semangat Menteri Besar dan Exconya untuk cuba masuk ke pejabatnya.


Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan pada hari ini adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.

"Kami akur dengan arahan dan akan pulang," katanya.

"Pagi ini saya datang bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, kami utamakan keamanan dan ketemraman dan kami akan balik " Kata Mohamad Nizar

Di samping itu kelihatan di cermin cermin tingkat bangunan tersebut para pegawai dan kakitangan pejabat menyaksikan peristiwa Menteri Besar dihalang dan tidak membenarkan Nizar masuk ke dalam bangunan tersebut dan mereka melambaikan tangan kepada Menteri Besar. Dato' Seri Nizar turut membalas lambaian mereka itu. - azm _ (Harakahdaily.com)

Read more...

ADAKAH NAJIB BAKAL MENCATAT HATRICK ?

>> 09 Februari 2009



  • Alfatihah atas pemergian Ahli Parlimen yang kita sayangi iaitu Allahyarham Roslan Shahrum MP Bukit Gantang.

  • Semoga ruh beliau akan dicucuri rahmat oleh Allah SWT di samping para solihin. Amin.

  • Namun, dengan kekosongan kerusi parlimen ini akan bakal diumumkan oleh pihak SPR untuk mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Parlimen P059.

  • Adakah Najib akan menjadi pengarah pilihanraya kecil bagi BN ?

  • Adakah beliau bersedia menerima satu lagi kekalahan yang amat memeritkan selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu ?

  • Adakah beliau bersedia untuk mencatat HATRICK kekalahan (mencatat 3 kali kekalahan berturut-turut) ?

Jika bersedia dengan semua itu, maka...


SELAMAT DATANG KE PARLIMEN BUKIT GANTANG


Wahai Najib.


Kami warga Perak bersedia bertempur di dalam...


PILIHANRAYA KECIL P059 BUKIT GANTANG !

Read more...

SUDAH ADA MB UMNO YANG ENGGAN LETAK JAWATAN DI PERAK SEBELUM INI

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Read more...

ALFATIHAH - AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG (PAS) MENINGGAL DUNIA


** TERKINI : SOLAT JENAZAH AKAN DILAKUKAN PADA JAM 6 PTG DI CHANGKAT LARANG, BATU GAJAH **
IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperoleh, beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.(CINA ISLAM)
ar_rawa - Takziah kepada keluarga allahyarham daripada ADUN Changkat Jong dan seluruh AJK PAS Kawasan Teluk Intan. Alfatihah...

Read more...

BACUL NAIF (BN) BUAT HAL DI KEDAH : PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT SELAMBAU ?


Feb 9, 09 1:00am
Sumber-sumber PKR memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN). Arumugam, 54, tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tetapi sumber-sumber tertinggi PKR berkata, parti itu akan membuat kenyataan mengenainya hari ini. Difahamkan juga Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dan kini berada di luar negeri.

Peletakan jawatan Arumugam, jika disahkan hari ini, akan mengesahkan spekulasi sepanjang bulan ini bahawa beliau mahu atau dipaksa menyertai BN. Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya. Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR. Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.

BN Kedah turut tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi.Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1). Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri. (malaysiakini.com)

Read more...

RIBUAN RAKYAT MEMBANJIRI 'RESIDENSI RAKYAT' DI IPOH


8.2.2009 - Ribuan rakyat telah membanjiri residensi Menteri Besar yang kini residensi tersebut dipanggil sebagai 'RESIDENSI RAKYAT' oleh YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Haji Mohd. Nizar bin Jamaluddin semalam.
Di dalam ucapan, beliau juga memaklum bahawa Televisyen Al Jazeera telah menemu ramah beliau berkenaan isu ini. Dan telah hebah di dunia sekarang bahawa telah berlaku kudeta di negara ini. Initelah menimbulkan satu pandangan dan imej yang tidak baik kepada negara ini akibat perbuatan BN/UMNO.
Beliau juga menegaskan bahawa Najib sebagai dalang dan penyebab kepada semua ini. Beliau memberi amaran jangan berlaku biadap terhadap rakyat di bumi Perak ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah datang dengan cara yang aman.
"Ini penting, kerana kita nak tunjukkan kepada pihak keselamatan terutamanya pihak polis bahawa kita mampu mengadakan himpunan dalam suasana aman kerana kita sendiri bencikan kekacauan," tegas beliau.

Program Himpunan Rakyat yang bertujuan menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan serta menyokong kepimpinan Menteri Besar PR telah menerima limpahan kehadiran rakyat yang berbilang kaum. Sesuatu fenomena yang agak menakjubkan. Tidak kira tua atau muda, lelaki dan wanita; baik Melayu, Cina dan India (walaupun mereka agak sibuk dengan perayaan Thaipusam) turut datang beramai-ramai ke residensi rakyat, duduk bersama-sama untuk mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Limpahan rakyat yang cintakan kebenaran.
Lima orang pimpinan PR telah menyampaikan ucapan iaitu Cikgu Azmi Abdul Hamid (wakil NGO), YAB Menteri Besar Perak, Dr. Tan Seng Giaw, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Wakil NGO, Cikgu Azmi telah menyatakan bahawa kemelut politik di Perak ini merupakan satu penghinaan kepada rakyat negeri Perak. Oleh itu, NGO telah berusaha membuat referandum rakyat dengan mengutip sebanyak mungkin tandatangan untuk dihantar kepada Paduka Seri Sultan Perak.



Orang ramai sedang menandatangani referandum.
Dr. Tan Seng Giaw yang mewakili DAP Kebangsaan apabila membicarakan soal kezaliman BN di negeri ini telah menarik perhatian hadirin dengan membacakan terjemahan al Qur'an dari surah Maryam ayat ke-72 yang bermaksud :

"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut."
Kita di pihak kebenaran
Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang pula menyatakan bahawa secara fitrahnya, manusia bencikan kezaliman dan sentiasa menolak sebarang kezaliman. Oleh itu jika berlaku sebarang kezaliman atas diri mereka, maka mereka akan menentang sehabis-habisnya bagi melenyapkan kezaliman. Itulah yang telah berlaku di negeri Perak.

Apabila kerajaan pilihan rakyat telah dirampas secara zalim oleh BN maka apa yang berlaku ialah rakyat sendiri bangkit menentangnya tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. Rakyat sedniri dapat menilai bahawa kerajaan PR merupakan kerajaan yang benar-benar ikhlas memperjuangkan hak rakyat berbanding dengan BN yang telah memerintah 50 tahun.
Dalam kes MB Perak, beliau menyatakan, Haji Nizar tidakpun meminta-minta jawatan MB. Tetapi apabila rakyat memilih beliau sebagai MB maka terpaksa memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Dan itu telah dlakukan oleh beliau. Namun apabila amanah tersebut ingin dirampas secara paksaan maka sudah pastilah beliau mempertahankan amanah tersebut kerana ia dilakukan dengan cara yang salah serta zalim.
Tuan Guru juga menegaskan, tiada apa yang perlu kita takutkan kerana kita di pihak yang benar dan rakyat pelrlu yakin bahawa sesuatu kebenaran itu pasti dapat mengalahkan sesuatu kebatilan.
Jangan berlindung di belakang intitusi raja

"UMNO/BN jangan berlindung di belakang raja apabila rakyat menentang kezaliman mereka, " demikian penegasan oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DSAI sedang ditemuramah para wartawan selepas ceramah.
Apabila rakyat bangkit, mereka tidak boleh jadikan institusi raja sebagai tempat berlindung. Dalam kes negeri Perak, mereka sepatutnya bersedia pulangkan hak memilih itu kepada rakyat dengan cara berpilihanraya. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang berhak menerajui kerajaan negeri.
"Dan jika PR ditakdirkan kalah dalam pilihanraya, maka kami akur dan menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Kami redha menerima keputusan rakyat. Maka BNpun sepatutnya akur juga jika mereka mengalami kekalahan," tegas beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa dalam perbincangan pemimpin PR, mereka bersetuju bahawa Hj. Nizar meneruskan amanah beliau sebagai MB dan harus kekal tinggal di residensi MB. Beliau juga mencabar Dr. Zambry Kadir untuk berdebat dengan Hj. Nizar sebagai salah satu cara mencari kebenaran.


Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh turut hadir.

Menurut Ketua Penerangan PAS Perak, ceramah malam ini merupakan ceramah yang terakhir diadakan di residensi MB. Selepas ini, beberapa siri ceramah penerangan tentang isu ini akan diadakan di DUN-DUN di seluruh negeri Perak di mana MB sendiri akan turun berceramah bertemu dengan rakyat di samping pimpinan PR yang lain.

Read more...

GAMBAR SUASANA CERAMAH HIMPUNAN RAKYAT DI KEDIAMAN MB PERAK PADA 8/2/09

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP