Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PAS CAWANGAN KG. PADANG TEMBAK SUDAH ADA BLOG

>> 18 Januari 2010


PAS Cawangan Kg. Padang Tembak telah mendahului 26 cawangan PAS lain di Teluk Intan dengan terbinanya blog rasmi cawangan tersebut. Sesuai dengan statusnya antara cawangan terbesar di kawasan Teluk Intan, usaha proaktif dengan melibatkan cawangan di alam maya menunjukkan betapa prihatinnya dan kesedaran tinggi cawangan tersebut di dalam menyebarluaskan dakwah dan menyampaikan maklumat tepat dari parti kepada masyarakat setempat.

Diharapkan, kehadiran blog cawangan PAS Kg. Padang Tembak ini akan membantu PAS Kawasan Teluk Intan menyebarkan segala maklumat terutamanya isu-isu lokal di cawangan itu sendiri.

Anda boleh lawati blog tersebut di alamat : http://pascawangankpgpdgtembak.blogspot.com

Ini dapat dibuktikan dengan antara entri pertama blog tersebut dengan pendedahan senarai Ahli Jawatankuasa Masjidut Taqwa Kg. Padang Tembak yang dimonopoli 100% oleh puak-puak UMNO. Satu pendedahan yang menarik yang perlu diketahui oleh masyarakat setempat.

Semoga usaha proaktif PAS Cawangan Kg. Padang Tembak ini akan diikuti dan dicontohi oleh cawangan-cawangan PAS lain di Teluk Intan. Syabas kepada Ketua Cawangannya Ustaz Ismail Che Nik dan AJKnya. Tahniah kepada pengendali blog ini...Aljauzi. Teruskan usaha..!

Read more...

MASA BILA PULAK MAMAT NI JADI MENTERI KESIHATAN...?

>> 17 Januari 2010


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri kata :
  • Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif .
  • Pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.
  • Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis.
  • Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia
(Ape laaa nak cover la tu..cakaplah awak tu tak mampu dah kawal harga gula naik..ngaku ajelaa..)

ar_rawa

Read more...

MAMAT NI BIKIN KELIRU LAGI....


Datuk Seri Nazri Abdul Aziz umumkan :

  • penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian
  • bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.
  • bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.
(Nazri menyatakan demikian satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.)
Datuk Mahfuz Omar kata :
  • kini ada pula dua set peraturan
  • sepatutnya menteri itu tiak buat apa-apa kenyataan kerana isu itu dalam proses mahkamah lagi

Read more...

SUASANA CERAMAH USTAZ AKHIL HAYY DI TELUK INTAN

>> 16 Januari 2010


(Lebih banyak foto dalam bentuk slaid di http://intanhijauVS.blogspot.com)

TELUK INTAN, 15 Januari -PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan majlis ceramah dengan menjemput Ustaz Akhil Hayy sebagai penceramah utama pada malam itu. Ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intn, Kg. Padang Tembak. Turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin dan Haji Mohd. Azhar Rafaie, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan. Ceramah telah dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohamad Hamzah.

Dengan cuaca yang agak baik pada malam itu, telah menarik orang ramai hadir memenuhi segenap ruang di pekarangan markaz. Seawal jam 9.00 malam, orang ramai telah mulai datang ke markaz kawasan di mana antara yang awal datang adalah dalam kalangan kaum wanita.


Ketua Penerangan Kawasan Sdr. Mohamad Hamzah berjaya mengendalikan ceramah dengan baik.


Haji Azhar menarik perhatian dengan penjelasan isu-isu semasa.

Ceramah tersebut juga telah berjaya menarik golongan muda hadir untuk mendengar ceramah. Malah banyak juga kelihatan yang hadir bersama-sama keluarga masing-masing. Mereka sanggup membentang tikar dan duduk mendengar ceramah berserta anak isteri masing-masing.


Kehadiran ADUN Changkat Jong membuktikan bahawa beliau prihatin dengan golongan muda. Inilah yang dikatakan.....orang muda geng kita..!

Mungkin daya tarikannya ialah kerinduan untuk mendengar ceramah penceramah utama iaitu Ustaz Akhil Hayy agak lama juga tidak datang di sekitar Teluk Intan. Bertambah meriah lagi dengan kehadiran gerai-gerai menjual makanan, buku dan barangan.


Dah lama tidak dengar ceramah beliau.


Dua orang sahabat lama bertemu jua.


Tua dan muda, muslimin dan muslimat sama-sama hadir mendengar ceramah.

Dengan corak dan rentak ceramah yang santai menyebabkan orang ramai sanggup menunggu dengan setia ceramah Ustaz Akhil walaupun ceramah ditamatkan pada jam 12.20 pagi. Kehadiran begitu ramai remaja dan wanita dalam pelbagai peringkat umur menunjukkan bahawa ceramah Ustaz Akhil masih lagi diterima walaupun beliau baru sahaja dilanda masalah peribadi.


Kaum muslimat ramai yang hadir. Mungkin nak dengar penjelasan Ustaz Akhil...


Peminat setia ceramah PAS dengan stail tersendiri. Di mana-mana ceramah beliau pasti ada. Yang pasti selagi tak dapat tempat duduk depan tak sah.


Kawasan markaz penuh sesak...


Kiri : Sdr. Suria, YB Anuar dan YDP Teluk Intan.


Ustaz Akhil mengalunkan selawat nabi.

ar_rawa

Read more...

UMNO/BN TIDAK MAMPU MEMBELA RAKYAT - YB ANUAR SUDIN



TELUK INTAN, 15 Januari - UMNO/BN tidak mampu untuk membela rakyat kerana mereka sendiri berpecah belah dengan teruk. UMNO, MCA dan MIC kini telah di mana mereka bertelagah sesama sendiri demi menyelamatkan kedudukan masing-masing dalam parti. Percakaran dalaman tersebut mennyebabkan kebajikan rakyat terbiar. Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin di dalam majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Teluk Intan. Turut sama berceramah ialah Ustaz Akhil Hayy. Malis ceramah telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.

"Kini kantung kerajaan BN telah kering. Maka banyaklah dasar yang membebankan rakyat demi mengisi semula kantung tersebut," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, berdasar beberapa isu yang berlaku kini telah nampak jelas bahawa senjata yang digunakan oleh UMNO/BN bagi memerangi pembangkang telah makan tuan. Contohnya, isu perkauman yang sebelum ini sering dilabelkan kepada pembangkang telah kena pada mereka akhirnya apabila begitu banyak perkara yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO yangbegitu jelas sifat perkauman.


Ustaz Akhil hadir sebagai penceramah utama malam itu.


Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak, Sdr. Suria Narayanan turut hadir meraikan program PAS Kawasan Teluk Intan. Syabas Suria...

Ini berbeza kepada Pakatan Rakyat yang begitu mencerminkan perpaduan rakyat apabila parti-parti di dalamnya bebas diwakili sesiapa sahaja tanpa memilih unsur perkauman.

"Lihat sahaja PAS, DAP dan PKR yang terbuka kepada sesiapa saja rakyat Malaysia. Malah kerajaan negeri yang diperintah oleh PR telah menitikberatkan hal kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama".

Bagi negeri Perak sendiri, beliau yakin bahawa lebih banyak perkara yang akan dinikmati oleh rakyat jika PR dapat memerintah negeri itu semula sama ada dalam pilihanraya negeri ataupun PRU13 nanti.


Kawasan markaz penuh dengan orang ramai yang datang.

Akhirnya, beliau menyarankan golongan muda yang telah mencapai kelayakan umur mengundi untuk segera mendaftarkan nama sebagai pengundi agar dapat menukar kerajaan zalim BN di negeri Perak dan seterusnya dapat menukar tampuk pemerintahan di persekutuan.

ar_rawa

Read more...

HUKUM SERTAI FACEBOOK - USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Read more...

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail turut membantu memasang bendera pada pentas ceramah.

Petang Jumaat sebelum ceramah, kami sibuk melakukan persiapan tempat untuk ceramah Ustaz Akhil Hayy malamnya. Sebelum itu, kami sempat melakukan solat sunat gerhana matahari secara berjamaah di markaz kawasan yang telah diimami oleh Ketua Urusan Ulama PAS Teluk Intan.

Alhamdulillah, ramai yang hadir ke gotong-royong tersebut terutama dalam kalangan ahli PAS Cawangan Padang Tembak. Terima kasih sahabat-sahabat Padang Tembak. Antara kerja yang dilakukan pastinya membina pentas ceramah, pemasangan PA system, lampu dan lain-lain.

YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik (YDP yang amat memahami dan sporting) turut hadir membantu kami. Bagi kami, beliau seorang YDP yang amat memahami jiwa orang muda, tiada halangan mengadakan ceramah Ustaz Akhil.

Alhamdulillah cuaca pada petang itu amat baik walaupun tiga empat hari sebelumnya hujan turun hampir setiap petang. Akhirnya siaplah pentas ceramah dan lain-lainnya sebelum masuk waktu Maghrib. Alhamdulillah.

Terima kasih Ustaz Ismail (YDP yang bersikap terbuka menjejaki sikap Mursyidul Am),Ketua Penerangan Sdr. Mohamad (banyak memberi sokongan) , Sdr. Faisaluddin (sahabat yang begitu terbuka dan rajin yang saya kenali waktu zaman dewan pemuda), Haji Zainun (orang veteran berjiwa muda), Ustaz Darbi (kawan lama dalam PASTI), Abang Mokhtar Desa Bakti, Ustaz Suhaimi dan krew siaraya Al Munir (PA system yang mantop), dan sahabat-sahabat lain yang tak sempat dinyatakan di sini.

Terima kasih semuanya...Tak sabar menunggu ceramah malam ini...


Pemasangan speaker...


Haji Zainun orang lama yang masih istiqamah dalam jemaah turut membantu.
Mana orang muda ye...


Pentas hampir siap...


Pentas ini ialah pentas pasang siap.


Sikit lagi nak siap...



Testing pentas dilakukan oleh bakal pengerusi ceramah malam ni....


Alhamdulillah, akhirnya siap.

ar_rawa

Read more...

UMAT ISLAM DISERU TUNAIKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

>> 14 Januari 2010


Saya selaku pesuruhjaya PAS Perak, menyeru supaya seluruh umat Islam dan ahli PAS Perak khususnya untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada esok hari mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg.


Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.


Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.


Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.


Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.


Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )


Niatnya :

“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Read more...

KENYATAAN MEDIA : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN, NIZAR MB PERAK YANG SAH?


Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-

1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.

2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.

3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.

4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.

5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.

6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.

Kenyataan Media 14hb Januari, 2010
YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Read more...

SEKADAR CATATAN SANTAI.... jom datang ceramah Akhil

>> 13 Januari 2010


Tengah hari tadi saya ke kedai makan untuk membeli makan tengah hari. Ramai juga orang yang sedang makan di kedai tu. Saya terus ke bahagian lauk untuk memilih-milih lauk untuk dibungkus.

Sedang asyik memilih lauk apa yang hendak dibeli, tiba-tiba saya terdengar perbualan :

"Ala.... Jumaat ni ada ceramah Akhil la. Kita kena pergi ke rumah Pak Su pulak. Macam mana ni ye..."

"Jom la pergi...." kata kawannya.

Saya menoleh ke arah suara tersebut. Rupa-rupanya ia perbualan di antara seorang gadis remaja (yang tidak bertudung) dengan seorang lelaki remaja (mungkin kawannya). Dalam masa yang sama, saya terpandang tiang lampu di depan kedai itu yang telah tertampal poster ceramah Ustaz Akhil Hayy pada 15 Januari 2010, Jumaat jam 9.15 malam di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.

Saya percaya bahawa pasangan remaja tersebut jarang atau tidak pernah datang ke markaz PAS pun. Namun, jelas dari perbualan itu tadi telah menarik remaja tersebut untuk cuba hadir kerana penceramah tersebut mungkin "ngam" dengan mood remaja.

Jadi, jangan lupa para remaja untuk hadir ramai-ramai ke ceramah Ustaz Akhil Hayy....

ar_rawa

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP