REMAN TRIO DATUK 'T' BANTU SIASATAN
>> 24 Mac 2011
KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.
"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.
Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.
ngkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.
"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.
"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.
Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.
Anwar juga semalam membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.(harakahdaily)
1 ulasan:
Para Tan Sri dan Dato' sepatutnya berasa malu kerana geng depa buat kerja jijik ni.
Catat Ulasan