VIDEO SEKS : SATU KONSPIRASI - SATU ULASAN
>> 26 Mac 2011
Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.
 Keseluruhan  proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan  Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil  masa kira-kira lima jam.
Keseluruhan  proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan  Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil  masa kira-kira lima jam. Secara perbandingan, kes  video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga “Datuk T” ini amat berat  kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya  secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia. 
Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke  atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan  tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 
 Kes Teoh hanya  membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa  yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari  kebenaran bersabit kematian tragisnya.
Kes Teoh hanya  membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa  yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari  kebenaran bersabit kematian tragisnya. Lima jam untuk Rahim  dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh  Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur,  semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan  liwat untuk kali kedua. 
Dendam...
Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada  botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam  bilik penjara itu.
 Khamis lalu juga,   Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan  pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain  daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.
Khamis lalu juga,   Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan  pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain  daripada yang membabitkan penayangan filem lucah. Pembabitan  Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan   pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak kepada siri  pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan  Anwar. 
Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah  umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun  1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas  detik hitam hidupnya itu. 
 Hujah bahawa wujud  tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib  menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan  Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.
Hujah bahawa wujud  tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib  menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan  Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR. Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil  tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling  penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi  bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar. 
Pembohongan...
Tempoh yang agak  singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun  merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan. 
 Kredibiliti rapuh  polis yang sedia ada tidak dibantu dengan  keengganan pasukan itu  menahan gandingan Datuk T walaupun  mereka melakukan jenayah menayangkan  filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu -  satu kesalahan yang  membawa hukuman penjara tiga tahun.
Kredibiliti rapuh  polis yang sedia ada tidak dibantu dengan  keengganan pasukan itu  menahan gandingan Datuk T walaupun  mereka melakukan jenayah menayangkan  filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu -  satu kesalahan yang  membawa hukuman penjara tiga tahun. Seseorang yang  mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya  sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa  pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media. 
 Eskay dan Rahim  mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video  itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan  rakaman itu.
Eskay dan Rahim  mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video  itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan  rakaman itu.Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan  diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis  berat sebelah dalam siasatan. 
Namun, apa yang jelas adalah  gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan  individu berpengaruh dalam parti itu. 
 Justeru video lucah  itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan  Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan  berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan  tertinggi parti.
Justeru video lucah  itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan  Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan  berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan  tertinggi parti. Apabila umpan tidak mengena (Johari dan  Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T  bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media “kalau  polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah.” 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
1 ulasan:
Mamat ni masih berdendam. pasal dendamlah juga iblis tersingkir dari surga kemudian dapat permit untuk menyesatkan anak adam hingga kiamat. adakah mamat ni juga nak jadi geng iblis tu? kita berdoa semoga dia insaf dan taubat sebelum terpisah roh dengan jasad.
Catat Ulasan