JIMAT : NASIHATI ROSMAH DULU SEBELUM AJAK RAKYAT
>> 03 Ogos 2011
PARIT BUNTAR, 3 Ogos: “Janganlah semudahnya rakyat  dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum Najib  mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita ‘paling boros’ di abad  ini,” kata Drs Khalil Idham Lim.
Beliau selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan  demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Razak Baru-baru ini yang memberi ingatan buat seluruh rakyat  Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan ini.
“Najib nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan  mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan  pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan,” ujarnya  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurut presiden Umno itu,  ia selaras dengan semangat yang  dianjurkan dalam bulan ini iaitu bulan yang telah disediakan Allah  sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.
Berkenaan dengan nasihat itu, kata Khalil sebenarnya Islam menuntut agar si pemberi nasihat jangan cuma pandai berucap sahaja.
“Pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat, namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi.
“Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam  keadaan ia sendiri berjalan tidak betul,” ujarnya yang juga Adun Titi  Serong.
Sehubungan itu, beliau ingin mengajukan soalan kepada Perdana  Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih  RM700,00 sehari dan bil air pula berjumlah lebih RM100,000 sehari.
“Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil  elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut  seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga  isteri tinggal dalam rumah selama 24 jam tanpa keluar,” katanya lagi.
Katanya, rakyat yang tidak tahu perihal itu akan mengangguk sahaja dan terus akur dengan nasihat tersebut.
“Persoalannya adakah kita yang telah tahu hal ini boleh berdiam diri?” soalnya.
Sebelum ini, media baru mendedahkan bagaimana sikap boros yang  ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin  berharga jutaan ringgit.
Justeru, beliau mengajak rakyat agar menyelamatkan Malaysia daripada  cengkaman Umno BN yang kian ‘gila’ dengan wang rakyat dibelanja mengikut  sesuka hati.
“Beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia  tercinta sebagai sebuah negara yang bebas daripada pemimpin korup dan  boros berbelanja,” katanya lagi.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
1 ulasan:
ok! kita semua kena undi umno/BN
pada PRU13 nanti kerana pakatan parti yang banyak membuat pembohongan tampa fakta. Khalil Idham Lim cina banyak buat cerita pembohongan...
Catat Ulasan