RAMADHAN : KEMENANGAN KE ATAS KEBATILAN, KEZALIMAN
>> 01 Ogos 2011
Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas  kebatilan. Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada  Allah SWT. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah  saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di  akhirat.
Dewan Ulamak menyeru umat Islam Malaysia bukan sahaja berlumba-lumba  untuk membaca sebanyak mungkin ayat-ayat Allah tetapi juga diseru agar  cuba memahami tuntutan Allah SWT serta melakukan muhasabah sejauh  manakah kita melakukan usaha dalam melaksanakan segala arahan Allah SWT  dan menjauhkan diri kita daripada terjerumus ke dalam kemungkaran  bersama-sama golongan yang zalim.
Di antara kemungkaran yang  besar ialah apabila undang-undang Allah  yang berteraskan keadilan ditinggalkan. Maka pada bulan Ramadhan ini,  isikannya dengan ketaqwaan yang jitu berdasarkan ilmu dan kefahaman yang  sebenar tentang Islam agar kita memiliki kekuatan untuk merobohkan  kezaliman di negara ini.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan