NABI MUHAMMAD SENDIRI DICOP PENGKHIANAT
>> 31 Ogos 2011
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum 
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan 
tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya 
sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu 
Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, 
ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa 
berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? 
Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah 
Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan 
dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan 
lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. 
memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah 
bangsanya sendiri.
Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan 
hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak 
dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.
“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, 
penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, 
Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair 
mereka.
“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan 
semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk 
menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” 
ujarnya lagi.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
1 ulasan:
YB Mat Sabu jika bijak tak perlu main isu ini...banyak hati yang terguris terutama anak cucu yg datuk mereka bekerja sebagai polis pada zaman British..
Kerana keghairahan begini...boleh melingkup Perjuangan PAS..
Banyak isu lain yg lebih penting dari isu kominis.
Semuga PAS menjadi lebih bijak dalam menarik sokongan orang Melayu mengundi PAS dalam PRU13.
Bapa captain bekas Polis zaman dahulu rasa kurang selesa dan gembira dengan beberapa isu macam ni...
Apa yg tersurat dan tersirat lipatan sejarah biarkanlah... yg penting perjuangan untuk menegak Islam di bumi Malaysia..itu yang utama untuk pemimpin PAS.
Jangan kerana Isu ini ramai bekasx tentera dan polis mengubah angin pulak...???
Wasallam.
Catat Ulasan