SIDANG DUN PERAK 2 JAM SAHAJA ...
>> 16 Ogos 2011
Sidang DUN Perak Barisan Nasional telah menghina dan mempersendakan sidang Dewan
IPOH, 16 OGOS – Kerajaan Barisan  Nasional telah menghina dan  mempersendakan sidang Dewan Undangan Negeri  Perak semalam dengan hanya  memperuntukkan dua jam sahaja untuk  bersidang.
Timbalan  Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata ia adalah satu  sejarah yang  memalukan di negeri itu kerana niatnya sekadar memenuhi  syarat  birokrasi, iaitu perlu diadakan sidang dalam tempoh enam bulan.
“Dalam  ucapan Yang Dipertua DUN, Datuk R. Ganesan menyebut bahawa  sidang DUN  kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat  tempoh  enam bulan  di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan.
“Beliau  seharusnya berasa malu menbuat kenyataan seperti itu  seolah-olah  kerajaan BN tidak berminat untuk membincangkan masalah  rakyat,”  katanya.
Sivakumar  yang juga Adun Tronoh mengakui memang terdapat syarat enam  bulan itu  tetapi ia mendedahkan hipokrasi BN kerana takut untuk  membincangkan  isu-isu kepentingan rakyat di Perak.
“Undang-undang  Tubuh Negeri Perak mahu memastikan bahawa  sekurang-kurangnya Dewan  Negeri bersidang dalam enam bulan supaya  masalah rakyat boleh  dibincangkan secara panjang lebar.
“Tetapi,  Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan pimpinan  BN telah  memanipulasi undang-undang itu hanya sekadar memenuhi syarat.  Adakah  kerajaan BN mengatakan bahawa di negeri Perak tidak ada masalah   langsung untuk diketengahkan dalam Dewan yang mulia itu?” katanya.
Beliau  menambah, tindakan BN jelas menggambarkan golongan pengecut  yang tidak  berani menghadapi  wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang  hendak membawa  masalah rakyat ke forum tertinggi itu.
Menurutnya,  BN mencari helah untuk melarikan diri daripada  tanggungjawab selepas  merampas kuasa kerajaan negeri daripada Pakatan  secara tidak sah pada  2009.
“Apa  guna kita ada pilihan raya dan wakil rakyat jika persidangan  Dewan  Negeri hanya diadakan untuk setengah hari sahaja? Sekali lagi  kerajaan  BN telah mencemarkan demokrasi di Perak,” ujarnya.
Sementara  itu, Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat dalam PRU  2008,  Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini telah membuat laporan  polis  di sini terhadap kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk  Zakaria  Yusof, yang memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat Pakatan di  Perak.
Amaran  Zakaria disiarkan dalam akhbar Sinar Harian di bawah tajuk  “Jaga adab”  di mana Zakaria dipetik sebagai berkata, “saya harap  ahli-ahli Dewan  menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat.  Sekiranya  berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”.
Menurut  Nizar, kenyataan Zakaria melanggar serta bertentangan dengan  Kanun  Keseksaan (Akta 574) perkara 124 kerana bersifat melampau dan   keterlaluan.
“Sekaligus  Zakaria mengenepikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak  (Perlembagaan  Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN  yang mana saya  dan semua ADUN telah mengangkat sumpah memelihara dan  mendukungnya.
“Sebagai  wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada  semua perkara  yang terkandung di dalam Peraturan Tetap Dewan bagi  mentadbir  perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan  persidangan  dewan serta tingkah laku kami,” katanya.
Beliau  yang juga Adun Pasir Panjang berkata kenyataan Zakaria  mengesahkan  bahawa sejak rampasan kuasa oleh UMNO-BN pada bulan Februari  2009,  kesemua persidangan DUN Perak telah dicerobohi oleh polis dengan   kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis.
Nizar  turut mengingatkan bahawa polis telah masuk dan menceroboh DUN  Perak  pada 7 Mei 2009 sewaktu Sivakumar, selaku Speaker Dewan pada waktu  itu,  sedang mengendalikan persidangan.
Menurutnya,  Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan  oleh anggota  polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik  belakang Dewan  sementara Adun-Adun Pakatan Rakyat dikasari oleh polis di  dalam Dewan.
“Semua  ini ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri,   pengarah-pengarah kerajaan negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya   biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami “Jaga adab”?
“Kenyataan  (Zakaria) ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa  ugutan serta  pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil  rakyat,”  tambahnya.
Beliau  menggesa Zakaria supaya menarik balik kenyataanya dan memohon  maaf  kepada rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini serta menasihatkan  beliau  berhenti menjadi perkakas UMNO-BN. – Roketkini.com
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
3 ulasan:
BN patutpun buat begitu kerana ajar wakil rakyat pembangkang yg kurang ajar di dewan
Kalau setakat buat sidang sehari bagi memenuhi syarat,lebih baik tak adakan sidang langsung. Pokoknya, YB2 BN ini agak kecut teloq bila bedepan dengan pembangkang kot?
buang masa bedebat dengan pembangkann
yg menengakan benang basah lagi bodo
tu..
Catat Ulasan