Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

BANTAHAN RAKYAT BERTERUSAN ..!

>> 08 Februari 2009


Muda Mohd Noor & Andrew Ong Feb 8, 09 10:22am
Bantahan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak berterusan apabila kira-kira 300 orang mengadakan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh malam tadi.

Apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy dengan dikawal pihak keselamatan, kedengaran laungan kuat 'mengboo' dan mengejek. Tanpa menghiraukan semua itu, Dr Zambry terus berjabat tangan mereka yang menyambut ketibaannya di majlis berkenaan dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Rela. Anggota Rela turut mengawal di kiri kanan laluan untuk memboleh Dr Zambry masuk dari pintu pagar menuju ke dewan sekolah tersebut.

Apabila Dr Zambry memasuk dewan, kumpulan tersebut mula memasang lilin dan terdengar ucapan ringkas mengenai bagaimana demokrasi telah berkubur di Perak selepas BN mengambil alih kuasa."Ingat, ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh dihidupkan semula," kata aktivis PKR, Simon Ooi.

Ooi turut mengetuai laungan "Hidup rakyat", "bubar DUN" dan "pulihkan demokrasi".Selepas kira-kira 20 minit, mereka meletakkan lilin di sekiling 'batu nisan' sebelum bersurai secara aman.Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, pula tiba sejurus sebelum mereka bersurai. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. (MALAYSIAKINI.COM)

Read more...

DATUK SS MOHON MAAF



Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu.

Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB. Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar.

Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mubalaghahnya, bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah. (sumber : misabah.blogspot.com)

Read more...

GELARAN APA PATUT DIBERI KEPADA SPESIES INI...?

>> 07 Februari 2009





Read more...

NIZAR MASIH MB PERAK - KU LI


PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. (PERAKDAILY.COM)

Read more...

HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT PADA 8 FEBRUARI, AHAD 9 MALAM


IPOH (7 FEB): Satu Himpunan Rakyat Perak akan diadakan malam esok untuk menyatakan sokongan pada Dato’ Seri Hj Nizar mempertahankan dan menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak di Kediaman rasmi MB di sini.

Himpunan akan bermula jam 9.00 malam dan seluruh rakyat Perak dijemput hadir beramai-ramai.

Antara tokoh yang akan berucap ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP YB Lim kit Siang.
Orang ramai dinasihati tidak menimbulkan kekecohan dan provokasi. (PERAKDAILY.COM)

(Sehubungan dengan itu, Ceramah Perdana di Cenderong Balai telah bertukar ke Kediaman MB di Ipoh.)

Read more...

KERAJAAN BN PERAK KERAJAAN HARAM - MURSYIDUL AM

>> 06 Februari 2009


KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.

Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008. Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.

"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada cemeti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan pandangan itu pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Baru-baru ini, ketiga-ketiga Adun dari KeADILan dan DAP itu menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi. Mereka hanya muncul apabila Speaker Dun Perak mengumumkan kerusi mereka kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut.

"Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti.

"Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

Menurutnya tindakan tersebut dirancang begitu rapi Umno yang disifatkan sebagai ala mafia. Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit.

Terdahulu, pada kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini, beliau berkata amalan demokrasi atau nasionalis yang diamalkan Umno sekarang semakin sesat.

"Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

"Samalah dengan kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya. - mj _ (HarakahDaily)

Read more...

BUBAR DUN, BERI PELUANG RAKYAT MEMILIH - PRESDIDEN PAS



Kenyataan Media Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.


Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Rakyat Diminta Bertenang

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _ (HarakahDaily)

Read more...

KERAJAAN BARU PERAK 'HARAM' - MURSYIDUL AM


KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.


"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia. Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.

"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.

Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit. Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.

Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram. - mj _ (Harakahdaily)

Read more...

NASIB RAKYAT YANG TIDAK RELA KERAJAAN DIRAMPAS





Gambar ihsan dari Cina Islam.

Terkini di pekarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Selepas solat Jumaat.

Beginilah nasib rakyat yang tidak rela kerajaan kesayangan mereka dirampas secara kotor.

Kami ditangkap...

Kami diberikan gas pemedih mata...

Kami dilayan seperti penjenayah...

Siapa sebenarnya penjenayah ?

Siapa sebenarnya pengkhianat ?

Read more...

INILAH DALANGNYA...


Secara tiba-tiba sahaja gambar ini terjatuh di atas jalan lalu ....
Jangan salahkan rakyat...Kami sedang marah..!

Read more...

ASMAUL HUSNA


SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP