ANAK KELIMA TIDAK BOLEH BERBIN BAPA : BAPA MINTA PENJELASAN
>> 29 Mei 2009
TELUK INTAN, 29 Mei - Seorang bapa berasa pelik dan musykil kerana anak kelimanya tidak boleh berbin kan namanya sedangkan kempat-empat anaknya sebelum ini boleh berbinkan namanya.
Zainuddin Ibrahim, 53, berkata beliau telah mendapatkan penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hilir Perak. Pihak JPN telah mmemaklumkan bahawa sijil nikahnya tiada dalam pendaftaran. Pihak JPN juga meminta beliau membuat pengesahan semula dengan kadi yang menikahkan beliau dulu sedangkan kadi yang menikahkan beliau telahpun meninggal dunia.
Hacharan Singh (kiri) bersama Zulkifli.
Beliau juga ada merujuk ke Pejabat Agama Daerah Hilir Perak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Malangnya mereka meminta saya melakukan nikah semula untuk mengeluarkan sijil nikah yang baru," ujar beliau dengan kesal.
Beliau berkata, perkar ini tidak sepatutnya berlaku kerana urusan merekodkan sesuatu perkahwinan dan nikah itu adalah tanggunggjawab agensi berkenaan dan bukan kelalaian beliau. Akibatnya, anak kelima beliau terpaksa berbinkan Abdullah dan hal ini telah memalukan keluarganya.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis MPTI, Saudara Hacharan Singh berkata, perkara ini seharusnya menjadikan perhatian kerana ia menyentuh keaiban seseorang.
"Perkara ini perlu menjadi iktibar kepada semua kakitangan kerajaan kerana gaji mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai yang dikenakan dan seharusnya mereka lebih bertanggungkjawab," ujar beliau lagi.
3 ulasan:
Red tape...blue tape...selo tape...kejadah apa pulak nak suruh nikah semula? Benda simple, dah tentu teknikal error on pihak berkuasa, keluarkan la sijil nikah, anak2 sbelum tu boleh bin takde masalah, manusia sudah gila. Islam tak menyusahkan, sampai tahap nih susah bukan ajaran daripada Islam.
-Garden
Bodoh bangsat punya menyusahkan orang. Fitnah nanti yang akan menimpa budak kecil tu tak pernah dia orang ni pikir ke? Oleh kerana kesilapan manusia, hidup anak kecil tanggung akibat? Bodoh! (Sorry, over emo sikit, aku cukup pantang kalau bab meranapkan hidup orang ni)
-Garden
apehal pulak ni... leh saman ni...
Catat Ulasan