HANYA 13 KUMPULAN MEDIA BOLEH BUAT LIPUTAN SIDANG DUN PERAK
>> 01 Mei 2009
IPOH (1 Mei) - Kerajaan negeri kudeta Umno/BN menetapkan hanya 13 organisasi media dibenarkan membuat liputan sidang DUN Perak yang akan berlangsung selama seminggu bermula 7 Mei ini, demikian menurut kenyataan media Jabatan Penerangan Negeri.
Organisasi berkenaan ialah stesen TV RTM dan BernamaTV, TV3 dan akhbar The Star, New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Namban, Tamil Nesan dan agensi berita Bernama.
Notis itu juga menghadkan hanya dua orang sahaja boleh mewakili setiap organisasi berkenaan — seorang wartawan dan seorang jurugambar. Bagaimanapun RTM, BernamaTV dan TV3 yang dikuasai Umno boleh menghantar tiga wakil.
Media-media lain tidak dizinkan memasuki dewan termasuk berada di sekitar laluan luar dewan itu. (perakdaily.com)
2 ulasan:
TU DIA BLOG SYOK SENDIRI, KORANG NI DOK ANGKAT SI AL JUBURI SIANG MALAM PASTU NAK CAKAP PASAL ISLAM! AKAI ADA KA?
UMNO tak layak langsung cakap pasal Islam, sorry yob...
Catat Ulasan