SEMBANG=SEMBANG DI IPOH
>> 02 Mei 2009
Semalam sempena cuti Hari Pekerja saya dan keluarga telah balik ke kampung halaman saya di Ipoh. Kebetulan memang sudah lama tidak balik ke Ipoh. Biasanya kami akan berkumpul di rumah salah seorang kakak yang tinggal di Taman Semarak.
Kebetulan kebanyakan kakak saya berada di Ipoh, termasuk yang menetap di Kuala Lumpur pun turut balik. Maka berkumpul kami adik-beradik makan tengah hari. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, maka banyaklah cerita-ceritinya.
Kakak saya yang sulung bekerja di Bangunan SUK (unitnya dirahsiakan). Banyaklah cerita dia tentang perkembangan di bangunan keramat dan bersejarah ini. Antaranya, kebanyakan rakan-rakan sepejabatnya masih lagi tidak habis-habis bersimpati dengan nasib YAB Haji Nizar yang telah diperlakukan sedemikian rupa oleh BN/UMNO.
Satu peristiwa, minggu lepas katanya, seorang kawan pejabat (berbangsa India perempuan) dengan lelehan air mata (kerana menangis) telah berjumpa dengan kakak saya. Dia menceritakan bahawa tadi dia telah melalui kawasan tempat pembuangan sampah. Dia telah ternampak gambar Haji Nizar berbingkai telah dibuang di tempat membuang sampah itu. Sedih dan sayu hati sungguh bagi kawan India itu kerana gambar itu dibuang dan sengaja dinampakkan separuh bingkainya di tepi tong pembuang sampah, seolah-olah nak tunjuk kepada orang yang lalu-lalang di kawasan itu.
Kakak saya juga tidak boleh melupakan peristiwa sewaktu Haji Nizar tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK. Beliau telah dihalang di pagar besar bangunan itu. Katanya, kebanyakan kakitangan di situ telah menyaksikan peristiwa zalim itu. Waktu itu, kebanyakan kawannya (terutama perempuan) menangis apabila melihat kejadian itu.
Dia menceritakan lagi, bagaimana bongkaknya Dr. Abdul Rahman (SUK) setelah BN merampas kuasa . Kakak saya masih teringat lagi sewaktu Drs, Idham Lim memberi amaran kepada SUK ini dengan katanya : "Kita jumpa di akhirat nanti...."
Maka dengan bongkak dan sombongnya dia menjawab : "Di akhirat orang ramai...!"
Peristiwa Datuk SUK menengking Haji Nizar juga antara peristiwa yang tidak akan dilupa oleh semua kakitangan di situ. Satu bangunan terdengar tengkingan itu.
Dengar ceritanya, Datuk SUK ni tak ngam dengan Pegawai Kewangan negeri. Betul ke ? Bagi kakitangan sana, Pegawai Kewangan Negeri lebih profesional semasa Haji Nizar menjadi MB berbanding si mamak SUK ni. Ikut telunjuk UMNO. Malah Pegawai Kewangan Negeri inilah yang banyak membantu dan memberi nasihat kepada Haji Nizar dan Exco PR berbanding si mamak SUK ni yang lebih banyak mensabotaj apa sahaja tindakan Haji Nizar dan para exconya.
Kakak saya juga berkata, MB mamak ni jarang ke kantin berbanding Haji Nizar. Kalau dulu, jika Haji Nizar ada di kantin, maka semua yang berada di kantin tu akan dibelanja oleh Haji Nizar.
Dan, kebanyakan kakitangan di situ amat rindukan program tazkirah yang disampaikan oleh Haji Nizar. Amat berkesan, katanya. Berbanding MB mamak ni,yang begitu nampak tidak ikhlasnya semasa menyampaikan tazkirah.
Kakak saya juga berkata, sejak peristiwa kudeta ini, kebanyakan kakitangan di bangunan SUK lebih celik politik. Ini kerana mereka telah rajin melayari internet dengan membuka laman-laman web serta blog berkenaan isu di negeri Perak. Kakitangan kerajaan negeri semakin berani mendapatkan maklumat melalui bloggers network PR bagi mendapatkan maklumat betul.
(ar-rawa)
2 ulasan:
Ya, saya pun sedih mendengar cerita saudara!
Tengok muka pun dah tau...
sorang kita rasa seronok hati bila tengok mukanya
[jarak ini simbolik perbezaan antara keduanya]
yang sorang lagi menyampah & meloya tekak bila tengok gambarnya (baru tengok gambar kalau jumpa betul2, muntah aku!!!!
Catat Ulasan