USTAZ AZIZAN TARIK DIRI CALON TIMBALAN PRESIDEN
>> 19 Mei 2009
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan. Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.
"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan