SIDANG MEDIA HJ NIZAR DI PEJABAT PAS PERAK
>> 07 Mei 2009
IPOH, 7 Mei (Hari Gelita) : Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
- Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
- PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
- Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
- Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
- ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
- Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
- Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
- Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
- Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
- Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak
(ar_rawa)
7 ulasan:
Melayu/Islam yang cintakan bangsa dan agamanya harus sedar bahawa DAP sebuah parti kafir yang sangat anti-Islam.
PAS dan PKR sudah dipergunakan oleh parti kafir ini se mata2 untuk memusnah kan melayu/Islam di bumi Malaysia ini.
Segeralah tolak PAS, tolak PKR, musnahkan DAP.d
Sekarang rakyat tolak UMNO/BN dan menyokong PR. Janganlah kita melawan arus pulak...
kepada anonymous yang sesat! selama ini umno/BN tu parti menolong melayu ke? yang kononnya islam..., nak selesaikan masalah anak haram pun tak boleh, cuma yang pandai buat benda yang haram saje.....
orang kafir nak belajar baca quran, UMNO marah, UMNO saman siapa lebih kafir. UMNO tolak mentah-mentah hukum hudud, DAP terima asal untuk orang Islam, siapa lebih kafir. Cermin diri dulu kalau sedar hidup lawannya mati, cermin diri dulu kalau orang Islam ada dua kehidupan.
UMNO hanya Untuk Melayu No Otak cuma nafsu.
PAS harus kekalkan dan jaga nama baik nya. Jangan bertindak keterlaluan. PAS cuma ada 6 kerusi sahaja dalam DUN negeri Perak.
DAP sangat bijak, walaupun mempunyai lebih banyak kerusi, mereka mendiamkan diri sahaja dan biarkan PAS/PKR nampak memberontak.
Sekarang PAS lebih nampak tidak setia dan patuh terhadap Baginda Sultan. Orang melayu yang sedar sudah bertambah ramai akan menolak PAS.
Demi bangsa agama dan negara PAS harus berkorban dan bersatu memerintah dengan BN/UMNO di negeri Perak.
Sebagai contoh buruk perangai DAP di P Pinang, walaupun PAS ada 1 kerusi DUN tetapi telah di pinggirkan.
Jika PAS tinggal kan DAP hamba rasa sokongan melayu/Islam terhadap PAS makin bertambah ramai di seluruh negara.
Mintak UMNO singkirkan dulu MCA dan MIC dalam BN. MCA tu perjuangkan Islam dan Melayu ke..?
assalamualaikum....PAS harus mendampingi DAP dan kaum bukan islam....jangan pandang apa yang berlaku di PERAK sahaja. Lihat di kedah....Kebanyakan ADUN PAS menang besar adalah disebabkan sokongan org CINA dan INDIA kepada PAS....ini membolehkan PAS berkuasa di KEDAH...Kalau dulu bukan melayu menangkan UNMO tetapi sekarang sebaliknya...
Catat Ulasan