BISIKAN
>> 07 Mei 2009
RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk.
Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. --fotoBERNAMA
IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.
"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.
Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.
0 ulasan:
Catat Ulasan