NIZAR AKAN MENGADAP SULTAN PERAK
>> 11 Mei 2009
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah tinggi hari ini.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh MB Kudeta Zambry akan dikaji semula.
“Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah. Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.” (perakdaily.com)
3 ulasan:
Takbir!!!!
Allahlah yang memberi kuasa kepada seseorang dang Allahlah yang menarik kuasa daripada seseorang.
Mudah-mudahan dengan kemenangan ini akan bertambah keberkatan di negeri Perak Darul Ridzuan.
Tahniah untuk semua rakyat Perak!!
Ahaaa... Yb ni baru cantik blog Yb ni... Sejukk noo...
Terima kasih kepada semua rakyat yg mendoakan kejayaan PR dan Islam. Allah bersama kita...!
Catat Ulasan