DR HARON DIN TARIK DIRI CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS
>> 21 Mei 2009
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menarik diri daripada perebutan kerusi timbalan presiden hari ini tetapi keputusan itu belum tentu membuka peluang Datuk Husam Musa memenanginya.
Sebagai tokoh agama popular, Dr Haron (foto) dilihat berpotensi memecahkan undi kumpulan pro-muqabalah yang sealiran dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, sekaligus memberikan kelebihan kepada naib presiden PAS itu.
Undi aliran bukan pro-muqabalah di belakang Husam mungkin berpecah dua jika seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu enggan menarik diri daripada persaingan sengit tersebut. Daripada lima nama yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua, hanya Husam dan Mohamad yang tidak dikenali sebagai ulama, sementara dua lagi termasuk Haron telah menarik diri.
Datuk Seri Azizan Razak kelmarin menjadi orang pertama menarik diri dengan alasan ingin menumpukan kepada tugasnya sebagai menteri besar Kedah.Tidak dapat dipastikan sama ada penarikan diri Dr Haron itu sengaja dirancang dalam strategi aliran pro-muqabalah untuk memantapkan sokongan terhadap Nasharuddin.Dalam pertandingan tiga penjuru, Husam jelas sekali terpaksa berdepan populariti Nasharuddin – berdasarkan jumlah pencalonan – sewaktu sokongan kepadanya terbelah dua dengan Mohamad. (harakahdaily)
0 ulasan:
Catat Ulasan