TAMPARAN MAHA HEBAT KEPADA UMNO/BN (memang patut kena tampar pun..!)
>> 11 Mei 2009
Kesabaran dan kegigihan beliau amat dikagumi di seluruh dunia...!
IPOH: Perisytiharan Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah satu tamparan maha hebat pada Umno/BN dan pengajaran yang memalukan.
Kerakusan dan sikap tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negeri yang disalahgunakan oleh pimpinan parti itu kini menghiris maruah Umno/BN. Undang-undang dan perlembagaan yang mereka sendiri gubalkan dan kemudian mencabulnya agar memenuhi kehendak atau kepentingan sendiri.
Sepertimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno/BN terlalu rakus dalam merebut kuasa di Perak. Sesungguhnyapun Umno/BN tidak mengikuti prosedur perlembagaan kerana mengambil kira segalanya akan memihak pada mereka.
Kini, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan DS Zambry Abdul Kadir agar menangguhkan perisytiharan itu. Ertinya, esok Zambry dan kuncu-kuncunya hendaklah keluar daripada bangunan SUK. Keluar daripada pejabatnya.
Zambry..ooo.. Zambry..!
Saya difahamkan pada saat ini, bangunan SUK telah dikawal ketat oleh FRU.
Seeloknya, Dato SS Dr Abdul Rahman Hashim yang tersangat menghina Nizar juga silalah berangkat keluar daripada bangunan itu. Penasihat Undang-undang negeri juga seeloknya kosongkan kerusi. Kedua-dua pegawai kerajaan ini amat memalukan daripada segi tindakan mereka, bersekongkol secara langsung dengan parti politik iaitu UMNO, meskipun menyedari sebagai penjawat awam.
Kini persidangan DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah.
Persidangan DUN bawah syiling pada 7 Mei 2009 tidak sah pula..
Mungkin Rahman akan mengetatkan kawalan keselematan menghalang lagi Nizar memasuki pejabat Menteri Besar, menghalang kesemua exco dan adun Pakatan Rakyat?
Macam manalah agaknya si mamat ni mengadap insan yang dia pernah tengking dan hina..?
Satu hakikat nyata dan jelas ialah, semua perkara yang diluluskan Zambry menjadi haram. Persidangan DUN 7 Mei yang sudah jelas tidak sah akan bertambah haram lagi. Apa jua yang berlaku di zaman Zambry menjadi igauan dan mimpi paling buruk dalam sejarah UMNO/BN. Memalukan undang-undang yang digubal dicabuli sendiri.
Dengan pengesahan Nizar masih Menteri Besar, maka bererti V Sivakumar juga masih sah sebagai speaker dan kesemua exco juga menjadi sah. Maka kerajaan Pakatan Rakyat akan memerintah sebagai “minority government”. Sebuah kerajaan minoriti daripada segi jumlah wakil rakyatnya, sehinggalah satu pilihanraya diadakan atau undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar.
Lantaran itu, Nizar akan menjadi Menteri Besar ” with a minority vote” dan perkara ini pernah berlaku (dalam negara komanwel). Bagaimanapun Nizar tentunya lebih berhasrat untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.
Nizar sebenarnya mempunyai dua pilihan iaitu memohon perkenan Sultan Azlan untuk membubarkan DUN atau memohon perkenan agar diadakan pilihan raya kecil bagi tiga DUN yang anggotanya melompat keluar PR.
Memandangkan situasi semasa dan kecelaruan dan pencabulan perlembagaan yang sudah melampau, maka saya yakin Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan perkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan DUN.
Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun. Perkenankan DUN dibubarkan.
(PS: Nizar dijadual mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah di istana Kuala Kangsar pagi esok. Beliau dijangka akan sekali lagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN).
Sumber berita : (perakdaily.com)
Foto : ar_rawa
3 ulasan:
Tak patut kena penampar
dia tak patut kena penampar
Tapi di patut kena
Teranjang.................
Woi!!! roti canai satoo!!!
cepat laa woi!!!
Gunakan Web ini utk download Video Youtube
http://www.youtube2u.net/
Catat Ulasan