BN BELUM PUAS HATI IMEJ WAN FARID
>> 08 Januari 2009
InsyaAllah, Islam pasti menang..!
Risaunya aku, kempen tak berkesanlah.....!
Pengerusi BN Terengganu belum berpuas hati dengan prestasi calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa kelihatan elitis dan tidak mudah mesra sewaktu cuba mendekati pengundi."Kalau kata puas hati, payahlah, bagaimana hendak kata berpuas hati, benda (perkembangan) yang kita tidak tahu. Kita pertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Datuk Ahmad Said hari ini selepas melawat bilik media pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Beliau, yang juga menteri besar Terengganu, diminta mengulas prestasi bekas timbalan menteri dalam negeri itu yang kini berdepan dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu. Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam turut menyertai kempen pilihanraya kecil pada 17 Januari ini.
Ditanya lagi persoalan itu, Ahmad menambah: "Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna? "Kenapa anda bertanya (prestasi) calon kita (BN). Anda tidak bertanya tentang calon PAS. Kita kena buat perbandingan (dengan wajar)."Wan Ahmad Farid berdepan dengan tanggapan di dalam dan luar Umno bahawa beliau bersikap kurang mesra dan sukar didekati sehingga memaksa jentera BN memaparkan imejnya sebagai seorang "pemimpin yang mesra rakyat."
Ahmad juga berkata Terengganu bercadang menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan berhubung pemberhentian bayaran wang royalti petroleum sejak 2001 yang dibuat oleh PAS sewaktu mentadbir negeri itu. Tindakan itu dijangka dibuat selepas Mac ini apabila Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain. Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.
Menteri besar itu turut mengulas kenyatan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa kecenderungan pengundi muda Cina untuk memangkah calon pembangkang."Itu pandangan orang luar. Orang Terengganu yang lebih tahu masyarakat Tionghua negeri ini," katanya."Kita beri kepada orang Cina sama juga apa yang orang Melayu dapat. Kita beri RM300 kepada orang miskin dan RM250 untuk orang muda, orang Cina pun dapat, tidak ada perbezaan."Ahmad berkata, PAS pernah memerintah Terengganu tetapi peniaga-peniaga Cina mengalami kepayahan akibat ekonomi yang tidak berkembang. (malaysiakini.com)
0 ulasan:
Catat Ulasan