TAK PAYAH PERGILAH...
>> 06 Januari 2009
- Semalam saya terdengar berita di Bernama@TV Channel 502, menyatakan 512 rakyat Palestin (khususnya di Gaza City) telah terkorban
- 2600 orang lagi cedera.
- 800 orang daripadanya cedera parah.
- Kebanyakan yang tercedera akibat kegananasan Israel Laknatullah itu ialah wanita dan kanak-kanak.
- Surat khabar hari ini pula memaparkan gambar seorang bapa sedang meratapi tiga orang anaknya yang telah terkorban.
- Amerika Syarikat melalui jurucakapnya pula secara angkuh, menyokong tindakan rejim Israel Laknatullah.
- Pemimpin syaitan Israel pula menyatakan tentera mereka hanya memerangi pejuang Hamas, dan (pelik sekali) serangan itu dibuat penuh berhati-hati.(?)
- Tentera Israel Laknatullah menggunakan senjata berat dan canggih (sudah semestinya Made in USA) seperti kereta kebal, jet pejuang dll.
- Tentera pejuang Hamas, menggunakan senjata ringan buatan sendiri seperti pelancar roket yang diisi bom tangan.
- Gaza City, kini ibarat sebuah penjara dikepung tentera Israel Laknatullah.
- Tentera Israel Laknatullah menggunakan tiga ketumbukan, darat, laut dan udara apabila menyerang Palestin.
Demikian antara beberapa fakta yang saya dapat sehari dua ini.
Kesimpulannya, Israel dan Amerika Syarikat adalah antara tonggak kepada serangan ke atas Palestin.
Kita pula di sini apa ceritanya. Apa tindakan kita. Di sarankan :
- lakukan solat hajat memohon keselamatan rakyat Palestin
- membaca qunut nazilah dalam solat
- mengadakan demonstrasi
- memboikot barangan Amerika yang berlambak di negara kita termasuk RESTORAN MAKANAN SEGERA yang telah menular bukan sahaja di bandar-bandar besar seperti Ipoh dan KL malah trend sekarang ini ia telah wujud di bandar-bandar kecil termasuklah TELUK INTAN.
Tak payahlah susah payah kita makan di McDonald dan KFC tu. Buang duit saja. Sudahlah harganya mahal. Bukan sedap sangat. Sedap lagi ayam goreng Gulam Rasul atau Burger Fahme Kg. Bahagia.
Bayangkan kita makan ayam goreng McDonald atau KFC ibarat kita makan daging saudara seIslam kita di Palestin. Butiran duit yang kita hulur di kaunter restoran itu ibarat kita menyerahkan peluru dan bom kepada Israel untuk membantai dan membedil rakyat Palestin.
Tak payah pergilah ...
0 ulasan:
Catat Ulasan