APA KENA DENGAN RTM ?
>> 21 Januari 2009
Presiden, Barack Obama dan Timbalannya, Joe Biden
Di rumah, selepas balik dari mesyuarat saya buka TV1. Hairan juga malam-malam buta begini (21 Jan/12.30 pagi) ada siaran langsung pula ! Rupa-rupanya rancangan khas sempena perisytiharan Barack Obama sebagai Presdiden Amerika... Laa..ingatkan siaran langsung apa.
Atas nama rancangan Isu Semasa, terdapat tiga orang ahli panel iaitu Dr Zamri Kadiaq (ADUN Pangkor), Prof. Dr.Mahani dan Dr. Amir Hassan. Pengerusinya ialah Syed Munawir. Mereka membincangkan tajuk Obama Dari Kacamata Rakyat Malaysia (lebih kurang macam itu tajuknya). Sambil-sambil tu disiarkan lintas langsung upacara pelantikan Presiden.
Terfikir saya, mengapa pula RTM ni bersusah payah membuat siaran langsung pelantikan Presiden A. Syarikat. Apa kaitan Malaysia dengan Amerika Syarikat ? Signikan sungguhkah membuat siaran langsung ni oleh media rasmi kerajaan Malaysia !? Siapakah dalang disebalik arahan menyiarkan siaran langsung ini.
Bagi saya, kalau setakat perbincangan seperti forum isu semasa tak ada masalah. Tapi terdesak sangatkan kita ni sehingga menyiarkan secara langsung tu ? Dalam suasana rakyat negara ini marahkan Israel membelasah rakyat Palestin, dalam keadaan rakyat negara ini mengamuk sakan memboikot barangan Amerika sekutu rapat Israel, aneh sekali...tiba-tiba media rasmi kerajaan Malaysia dengan mudahnya menyiarkan pelantikan Presiden Amerika Syarikat. Adakah kerajaan Malaysia telah mendapat arahan mana-mana pihak agar menyiarkannya ?
Sebelum itu, ditunjukkan Joe Biden, mengangkat sebagai Timbalan Presiden AS. Amat mengejutkan apabila seorang ahli panel, Dr. Amir Hassan menyatakan bahawa Timbalan Presiden AS yang baru itu ialah penyokong kuat Yahudi Amerika ! (sila www.jpost.com - laman jewishpost )Maknanya walaupun warna kulit presiden AS telah bertukar tetapi dasar luar AS tidak akan berubah, apalagi persepsinya dengan negara umat Islam.
Nampaknya, marahnya kerajaan Malaysia terhadap sokongan AS terhadap pembantaian Israel ke atas Gaza (lebih 1300 orang terkorban & 13 000 cedera !) ibarat marah-marah sayang kot !
Jadi, saya sebagai umat Islam terasa terhiris hati apabila pihak RTM (dengan kerjasama MSNBC) menyiarkan siaran langsung tersebut. Negara kita bukan negara jajahan AS ! Negara kita negara berdaulat ! Jaga sensitiviti umat Islam negara ini ! Tak serik lagi ke dah kalah di Kuala Terengganu.
1 ulasan:
agaknya mereka tidak belajar fiqh aulawiyyat. jadi tidak tahu dimana kepentingannya utk ummah. kurang ilmu (naif).
sepatutnya disiarkan rancangan jahat Yahudi. menulusuri sejarah rampasan Palestine ke atas Yahudi sejak kejatuhan K'jaan Turki Uthmaniyyah. Propanga Yahudi di seluruh dunia. Baru rakyat Malaysia sedar akan kepentingan beramal dgn ajaran Islam.
Ini tidak, orang melayulah yg paling byk lagha
Catat Ulasan