BN TAK POPULAR DI KALANGAN PENGUNDI MUDA
>> 11 April 2012
SHAH ALAM, 9 April — Pentadbiran Najib harus menarik pengundi  muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan  kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu  memang mewujudkan “rasa senang” rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai  oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk  Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung  Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR)  memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional.
 Khir (gambar)  turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana  hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan  30-50, sudah “muak dengan politik”.
Khir (gambar)  turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana  hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan  30-50, sudah “muak dengan politik”.“Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke  atas ... mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka  undi.
“Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan,  tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat  politik,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.
“Saya beritahu perdana menteri, (Datuk Seri Najib Razak) pengundi 21  ke 30 tahun adalah masalah. Mereka tidak menikmati faedah daripada BR1M  ... bagaimana hendak menarik perhatian kumpulan ini,” kata Khir merujuk  kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Najib telah mengumumkan sejumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan  kurang RM3,000 sebulan dalam pembentangan belanjawan Oktober lalu, bagi  mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup.
Pemberian wang tunai besar-besaran itu dianggarkan diterima oleh 5.3  juta isi rumah dengan kos RM2.3 bilion. Perdana menteri bulan lalu  menjelaskan 80 peratus, atau 3.74 juta daripada 4.78 juta isi rumah  memohon untuk BR1M sehingga pada 1 Mac, menjadikan sejumlah RM1.92  bilion sudah diserahkan.
Bukti kurangnya sokongan terhadap BN jelas Khir adalah “tidak semua belia” menyokong sayap pemuda parti Pemuda Umno.
Tambah Khir, walaupun pemberian-pemberian daripada kerajaan  “diterima”, pengundi muda mahukan penyelesaian jangka panjang bagi  menangani masalah peningkatan harga barang.
“Pengundi muda professional berumur 40 dan ke bawah adalah kumpulan  kritikal, mereka semakin muak, kerana kita menghadapi banyak sangat  masalah ... Lebih-lebih lagi perbezaan pendapatan dengan kos kehidupan.
“Tiada penyelesaian mutlak diberi pemimpin kedua-dua parti, Pakatan  Rakyat atau kerajaan,” tambahnya dan menjelaskan janji Anwar untuk  menurunkan harga minyak jika PR memerintah.
“Sekiranya Anwar kata beliau akan turunkan harga minyak, saya tidak rasa harga gula akan turun, roti canai tidak akan turun.
“Sesetengah isu yang perlu diambil berat adalah perkhidmatan awam  yang murah ... saya tahu Transit Aliran Deras (MRT) sedang dalam  pembinaan tapi dalam tempoh interim, apa tindakan yang dibuat untuk  meningkatkan mutu pengangkutan awam?” soal Khir.
Adun Sungai Panjang ini menjelaskan beliau kerap berjumpa pengundi  muda dan kebanyakan merek sudah jelik deng, politik dan ahli politik  kedua-dua belah pihak dan perpecahan politik ini memusnahkan mereka.
“Masyarakat semakin muak,” katanya sebelum menamatkan sesi temuramah berkenaan.
BN menghadapi pilihan raya terburuk pada 2008 apabila hilang lima  negeri kepada Pakatan Rakyat termasuk kehilangan dua per tiga majoriti  di Parlimen.
Namun begitu, Perdana Menteri Najib memperlihatkan beliau akan  melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, ditambah keyaki,an yang  tinggi terhadap BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya hanya akan dibuat awal Jun dengan Parlimen dijangka akan dibubarkan pertengahan Mei depan.(malaysianinsider)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan