KUALA DIPANG (KAMPAR) DILANDA BANJIR
>> 12 April 2012
Banjir  kilat yang dipenuhi lumpur melanda kawasan Kuala Dipang hari ini.  Sebanyak tujuh buah kampung yang diduduki oleh kira-kira 500 keluarga  terlibat.
Banjir  kali ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan setakat ini masih belum  ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan tentang punca-punca banjir. Menurut  seorang penduduk, mereka percaya banjir ini ada kaitan dengan kejadian  gempa bumi yang berlaku semalam yang menyebabkan empangan sungai pecah.
Diantara  kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung  Kuala Dipang, Kampung Malaya, Kampung Pisang, Kampung Pasir, Kampung  Batu 20 and Kampung Nyiory.
Sementara  itu, seramai hampir 100 orang telah dipindahkan ke SMK kampar  disebabkan dewan dikampung tersbut juga ditenggelami air.
Sumber berita: Media Perak
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan