Komik puji pentadbiran Najib diedarkan di sekolah...?
>> 15 April 2012
 
 KUALA  LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan  Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa  minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.
Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur  seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan  dari sudut terbaik.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan  jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki  bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan  dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful  Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan  ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.
“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami  bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian  kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The  Malaysian Insider.
Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata  telah menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda”  anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan  guru penolong kanan.
“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.
“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.
Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan  spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin  beberapa bulan akan datang.
Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.
Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu.
Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.
Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang  beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang,  Selangor.
Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat  itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud,  sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.
Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.
The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik  itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili  pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan  kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.
 Pelbagai  jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti  bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif  kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.
Pelbagai  jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti  bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif  kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira  terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya  “Hi!Superman”.(malaysianinsider)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan