PASP PERAK SERU RAKYAT SERTAI BERSIH 3.0
>> 23 April 2012
IPOH, 23 April, Pesuruhajaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian  menyatakan bahawa Bersih 3.0 adalah antara salah satu kaedah yang boleh  dilakukan rakyat untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pimpinan  sesebuah negara. 
Menurut beliau, Bersih 3.0 adalah kaedah untuk menolak kezaliman  seperti penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya, kerana pilihanraya  ataupun kerusi parlimen adalah kaedah kedua bagi mencegah kemungkaran  yang dilakukan oleh pimpinan negara.
Beliau menegaskan bahawa, keperluan menyertai bersih 3.0 adalah keperluan yang bersifat realiti (waqie) berdasarkan beberapa perkara berikut :
- Malaysia hari ini masih boleh menjadikan kerusi parlimen untuk mencegah kemungkaran pemimpin.
- Dalam pemilihan kerusi parlimen terdapat beberapa pembohongan, dan cara mengatasi pembohongan ini dengan mengadakah Bersih 3.0, iaitu bantahan secara aman
- Walaupun beberapa pendedahan telah dibuat, namun penipuan dalam pilihanraya agak sukar untuk diselesaikan, melainkan dengan menganjurkan Bersih 3.0.
Selain itu beliau juga menyatakan bahawa mencegah kemungkaran adalah  kemestian (kewajipan), dan apa sahaja yang tidak sempurna satu kewajipan  melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib.
Maka, tiada cara lain yang lebih berkesan untuk mencegah kemungkaran  dalam pilihanraya dan kemungkaran di peringkat pimpinan melainkan dengan  mengadakan Bersih 3.0. Sebab itulah ia merupakan perkara yang perlu dan  mesti, tegas beliau.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan