APA MOTIF KELAB PUTERA BAWA BANYAK PESERTA KE SOMALIA..?
>> 05 September 2011
KOTA BHARU, 5 Sept: Ketika Allahyarham Noramfaizul 
Mohd Nor dikenang sebagai seorang wira, persoalan baru pula timbul 
apakah motif Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai ahli rombongan 
ke Somalia.
Rombongan sehingga 54 orang termasuk petugas media tentunya mebabitkan kos begitu tinggi dan siapa pula menanggungnya.
Bagi Pemuda PAS Kelantan kos menanggung begitu ramai ahli rombongan 
sebenarnya boleh diguna menyediakan keperluan untuk disampaikan kepada 
mangsa di Somalia.
Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan apakah alasan Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai anggota rombongan.
“Jika dilihat mana-mana misi kemanusiaan antarabangsa yang dianjurkan
 NGO dinaungi Umno mereka lebih mementingkan publisiti dan mempolitikkan
 misi.
“Sebelum ini dalam misi bantuan ke Gaza penganjur mempolitikkan misi 
tersebut sehingga Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu yang sepatutnya 
berucap dibatalkan di saat-saat akhir.
“Tindakan itu menyebabkan beberapa NGO menarik diri daripada 
menyertai misi dan meneruskan misi secara bersendirian,” katanya dalam 
satu kenyataan di sini.
Ketua Umno Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad hari ini dilapor 
mempertahankan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 
1Malaysia dan tidak menganggap sengaja mencari publisiti.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, berdasar pengalaman 
lepas terbukti ada maksud tersirat di sebalik misi kemanusiaan anjuran 
Kelab Putera 1Malaysia, di mana lebih bermotifkan kepentingan politik.
”Ini dapat dibuktikan juga dalam misi bantuan kepada rakyat Malaysia 
di Mesir di mana Kelab Putera 1Malaysia mempolitikkan misi tersebut 
sehingga wakil kerajaan Kelantan dinafikan untuk menyertai rombongan 
terbabit,” ujarnya.
Selain itu berdasar pengakuan beberapa anggota rombongan mereka tidak
 dibekalkan baju kalis peluru dan tiada latihan keselamatan sebelum misi
 ke Somalia berlangsung.
Kata beliau juga jika dibandingkan misi bantuan kemanusiaan 
antarabangsa dianjur NGO lain seperti Yayasan Amal Malaysia dan Misi 
Cakno Palestin mereka tidak mencari publisiti secara berlebihan.
“Saya juga berharap agar mana-mana misi bantuan kemanusiaan selepas 
ini supaya mengambil berat soal keselamatan bukan hanya untuk mencari 
publisiti murahan daripada musibah menimpa orang lain.
”Janganlah berterusan mempolitik misi bantuan yang dianjur 
semata-mata kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah,” 
katanya.
Abdul Latif turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 
Noramfaizul dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2 ulasan:
pemimpin pas kalu ajak pergi somalia tentu kecut teloq! tak berani punya
Hmm...ulasan tanpa nama yg paling kecut teloq yg pernah aku baca...
Catat Ulasan