TERIMA KASIH NAJIB BAGI DUIT JUDI KEPADA SEKOLAH..
>> 26 September 2011
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada  keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah  vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen  Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. 
Perdana Menteri (gambar)  berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang  diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar  lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik  bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.
Dana pendidikan didukung  oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang  menyumbangkan sumbangan awal  RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini,  kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta  setiap tahun mulai tahun depan.
“Dana ini akan diagih-agihkan  menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan  MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan  dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.
Langkah  kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah  menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.
Akhbar  Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan  yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki  penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India  yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang  banyak pada pilihan raya umum 2008.
Najib yang dijangka memanggil  pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, “penyelesaian  kreatif” akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada  pendidikan berkualiti bagi semua.
“Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti,” katanya.
Kata Najib, adalah penting “model-model baru” diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.
Selain  Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi  Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong,  ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam  dari  Westports.
Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2 ulasan:
1mesia, 1skolah, 4nomboekor
Hanif Omar ni tak ke cukup duit pencen??????? Masih nak keje dengan syarikat judi????Kalau tak cukup duit suruh Najib naikkan pencen polis dalam perbentangan belanjawan negara nanti.Ingatlah lu tu ISLAM ke KAFIR...Tu yang takut sangat dengan HUDUD??????
Catat Ulasan