WACANA MERDEKA TAMBAH KELIRU - PAS PERAK
>> 11 September 2011
IPOH, 10 Sept: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan
(IDR) semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi
Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar.
Malah, kata Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri al-Amin berkata
pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang
menyanggah fakta besar yang telah diterima pakai selama 54 tahun dengan
menafikan sejarah kemerdekaan negara.
Katanya, penafian terhadap kemerdekaan negara pada tahun 1957 itu
lahir dari fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana
bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu
kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai
kerajaan.
Malah, menurutnya bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar
juga menggambarkan bahawa penubuhan Umno pada tahun 1946 bukan untuk
mendapatkan kemerdekaan negara tetapi hanya untuk memastikan bahawa
Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan dahulu.
Tambahnya, manakala penekanan Tun Hanif berkaitan tragedi Bukit
Kepong hanya mengisyithar bahawa kematian pasukan polis sebagai wira
walaupun tidak menafikan polis ketika itu di bawah pemerintahan British.
Katanya, nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sering menjadi
sebutan Tun Hanif semalam sepatutnya turut dijemput pihak IDR bagi
menjelaskan isu berkaitan Ahmad Indera @ Mat Indera.
“Jika ianya diadili sebaiknya, wacana tersebut perlu dihadiri juga oleh Haji Mohamad untuk memperkatakan perkara tersebut.
“Sesungguhnya hasil wacana semalam telah menimbulkan lebih banyak
kekeliruan dari menjelaskan keadaan,” ujarnya dalam satu kenyataan di
sini.
Soalnya, bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk
Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang
Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British.
Katanya, jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka.
“Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?” soalnya lagi.(harakahdaily)
1 ulasan:
Yang pergi tanya penaung towkeh judi berhubung kemerdekaan negara itu buat kebendanya? Kalau tanya tentang port-port judi yang masih perlu diperbesarkan, pastinya beliau boleh jawab. Ibarat minta nasihat kat Mat Gian samada baik atau buruknya nak haramkan dadah kat negara ini... adoi! Pening kepala jadi Melayu ni! Nak tukar status jadi Jepun boleh ke?
Catat Ulasan