PEJUANG GOLONGAN KIRI TAK SEHEBAT TUNKU...!
>> 27 September 2011
Sejarawan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata, beliau mengakui sumbangan
golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat
sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi.
"Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini.(malaysiakini)
"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi.
"Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku," kata Ramlah yang disambut jeritan "boo" daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?" di Shah Alam hari ini.(malaysiakini)
5 ulasan:
Prof.Kangkong ni memang penyokong kuat UMNO.Kalau tidak,takkan boleh dapat Datuk.Agaknya Prof.Kangkong ni lupa(atau belum buat kajian lagi)semasa Ibrahim Hj.Yaakub,Pak Sako,Dr.Burhanuddin Al-Helmy,Ahmad Boestamam dan lain-lain pejuang yang sewaktu dengan Ibrahim Yaakub - memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu,ada yang terkorban,ada yang kena penjara dan diseksa - Tengku Abdul Rahman Putra pada waktu itu berada diEngland,enjoy hidup.Tengku jadi Presiden UMNO selepas Dato Onn adalah cara kebetulan,Tengku bukan dari gulungan UMNO dari bawah.Oleh kerana UMNO bersifat feudal,maka dicarilah "orang istana" juga untuk menggantikan Dato Onn.
Prof.Kangkong ni nampaknya mengaku bahawa puak-puak gulungan kiri juga terlibat memperjuangkan kemerdekaan.Soalnya,kena apa nama-nama mereka tak langsung disebut-sebut sama ada dalam buku-buku sejarah sekolah dan semasa menyambut Hari Kemerdekaan?
memangla yangt kiri tak sehebat tunku sebab tu dr.burhanuddin berkali2 masuk perjara.yang kita nak tau adakah mereka2 yang kiri tu juga pejuang kemerdekaan.
tunku hanyalah satu karakter yg pandai mengambil kesempatan... apa yg penjajah british mau dia ikut saja utk dapat merdeka... kalau nak kaunter balik kalau-kalau kununnya tunku dah berjasa, tu apa pasak singapura lepas kat org lain... kenapa pada mas tu dia tak fikir masa depan anak bangsa dan kedaulatan tanah melayu pada ketika itu... pooooorahhhhh.... bapa pengkhianat orng melayu...
Cukuplah UMNO.Jangan perbodohkan jenerasi muda masa kini.Tungku Abdul Rahman adalah talibarut BRITISH.Dia bukan pejuang kemerdekaan.Orang lain yang pancing ikan....orang lain pula yang dapat ikan.Itulah nasib anak bangsawan.Kerana mampu menjadi TALIBARUT BRITISH maka dia dilantik sebagai pemimpin Tanah Melayu ketika itu.Cukuplah UMNO......sejarah kamu semua akan dilondehkan.....seandainya kamu kalah dalam PRU 13 nanti.Profesor2 kangkung pada masa itu kelu tak terkata.
Kalau bumbung rumah rasmi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang disediakan oleh British tak bocor sebab hujan... tak kebuloq Tunku nak tuntut merdeka tahun 1957, pada Tunku dia nak merdeka lebih kurang tahun 1960-61. Bukankah ini sifat penting diri namanya?
Catat Ulasan