TEKUNI NEGARA BERKEBAJIKAN TAWARAN PAS
>> 08 September 2011
Dalam kesibukan tugasan politik dan dakwah, DS TG Presiden PAS 
berjaya menghasilkan sebuah buku berkenaan konsep ‘Negara Berkebajikan’ 
yang menjadi tema Muktamar PAS ke 57 yang lepas. (intisari ucapan 
dasar)  Tahniah dan syabas diucapkan.
Ia menjadi bukti bahawa ‘Negara Berkebajikan’ bukan hanya menjadi 
tema bagi memeriahkan Muktamar sahaja, tetapi hasrat itu adalah hasrat 
sebenar dan menjadi di antara matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan
 PAS itu sendiri.
Dewan Ulama PAS Terengganu pula menjadi Dewan dalam PAS yang 
memulakan Nadwahnya sebaik sahaja selesai Muktamar itu mengembangkan 
tema ‘Negara Berkebajikan’ itu ke peringkat bawah. DS TG sendiri yang 
membentangkan tajuk itu yang asalnya dijangka akan dikemukakan buku 
tersebut tetapi tidak sempat kerana ia baharu sahaja dicetak ketika itu.
Sebelum pembentangan tersebut, Tok Guru masih lagi meminta naskhah 
al-Quran. Barangkali membuat rujukan terakhir kepada ayat tertentu 
sebelum dibentang. Dari kerusi belakang di atas pentas Markas Tarbiyyah 
PAS Kuala Ibai, saya sempat mencatat beberapa idea penting yang 
dikemukakan dalam pembentangan tersebut  yang saya rasa bahawa itu juga 
bahan yang ada dalam buku tersebut. Saya kongsikan dengan pembaca 
sekalian:
Asas Negara Berkebajikan:
* Perbincangan ‘Negara Berkebajikan’ bertolak dari ayat 177 surah 
al-Baqarah yang menerangkan konsep kebajikan secara benar menurut 
perspektif Islam.
* komentar dari ahli akademik, ahli politik, media dan lain-lain 
sangat banyak selepas ‘Negara Berkebajikan’ dikemukakan tetapi tidak 
dapat mencapai kehendak ‘Negara Berkebajikan’ oleh PAS yang ada dalam 
perlembagaan PAS itu sendiri. Ini kerana mereka memberikan huraian 
menurut kacamata mereka sendiri dan kefahaman mereka tentang negara 
kebajikan ala Barat.
* ayat tadi-syumul dan lengkap bagi sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang PAS mahukan.
* berbeza dari ‘welfare state’, negara komunis, sosialis untuk tegakkan keadilan cara mereka.
* yang lain hanya bersifat kebendaan dan aspek ekonomi-bantu/bela rakyat miskin, hospital percuma.
* Al-Quran jelaskan berkebajikan-asasnya iman, jauhkan syirik. Jika 
syirik amalan batal. Al-Quran menyebut mengenai penduduk negeri beriman 
dan bertaqwa yang dibuka pintu berkat. Konsep taqwa dan berkat ini hanya
 ada dalam Islam, tidak dalam sistem yang lain.
* Apabila sistem komunis hancur, Cina berubah kepada ekonomi bebas.
Objektif Negara Berkebajikan:
* menyeru kepada ‘al-khair’ (kebaikan)-seluruh ajaran Islam meliputi pembinaan peribadi hingga pembinaan negara.
* Bagi melaksanakan tugas menyeru kebaikan ini, mesti ada kumpulan Islam, suruh yang baik larang kemungkaran.
Ciri Negara Berkebajikan:
* pemimpin yang mempunyai hubungan dengan Tuhan, sokong dan dokong parti yang meletakkan Allah itu sebagai tempat kepercayaan.
* mendirikan solat-dalam dan luar solat.
* menunaikan zakat- berbeza dari cukai. Zakat ikut kadar 
nisab-perkembangan hasil-kharaj (pertanian), usyur, jizyah (beri ganti 
keamanan).
* pembahagian zakat-bahagian terbanyak kepada khidmat masyarakat yang memerlukan.
* konsep ‘supaya harta tidak beredar di kalangan golongan tertentu’ dilaksanakan dalam ‘Negara Berkebajikan’.
* dalam ‘Negara Berkebajikan’ tiada rasuah, peniaga digalakkan 
menyumbangkan harta. Bina masjid bukan sahaja dari kerajaan tapi juga 
sumbangan orangramai.
* contoh zakat-tak dipindahkan ke luar hingga fakir di tempat itu selesai (mazhab Shafie).
* Islam kuasai bukan sahaja ekonomi tetapi menjaga hati manusia.
* ‘al-amr bilmakruf’-’suruh yang baik’-mengutamakan keamanan dan keselamatan, turunkan kadar jenayah.
* fiqh semasa dalam perlaksanaan zakat perlu dilihat secara menyeluruh.
* Dalam al-Quran-disebut negara kebejatan dan kebajikan.
* contoh negara kebejatan-negara pemerintahan Namrud, kaum Aad (punya
 tiang hebat-gambaran pembangunan kebendaan), kaum Thamud, pemerintahan 
Firaun.
* contoh negara berkebajikan-Mesir di bawah pemerintahan Nabi Yusof 
(kemahiran mengurus dan mentadbir ekonomi negara di saat berlaku krisis 
ekonomi terutama makanan), Nabi Sulaiman (katanya selepas menerima 
hadiah dari Balqis: ‘Allah beri kepada aku lebih baik dari hadiah 
kamu’), Nabi Daud (dilembutkan besi-industri berat untuk pertahanan 
negara), Zulqarnain (bina tembok-kawal rakyat dari musuh)
* ‘supaya harta tak beredar di antara kamu’ –ada kuasa, beri projek, 
beri rasuah, sokongan kepada yg berkuasa-pusingan dalam bantu dan sokong
 sistem yang rosak.
* isu gaji tak berpatutan
* pemimpin negara tunjuk ego, sombong. Selalu menyebut ‘projek ini aku buat’-ayat digunakan oleh Firaun
* Umno rosakkan Islam (melalui sekularisme), tak beri contoh baik kepada Islam dan perlaksanaan Islam, rosakkan hubungan kaum
* Omar alKhattab- tadwin addawawin-melaksanakan gaji ikut tahap, meninggalkan taswiah (persamaan) 
* 3 komponen PR terima konsep ‘negara berkebajikan’ selepas terima ‘Islam Adil Untuk Semua’.
Ini adalah sebahagian idea yang dikemukakan. Idea ini sangat perlu 
dikembang, dihurai, diperinci, diwacana dan ditekuni oleh segenap 
lapisan masyarakat. Ia adalah sebuah idea yang sangat baik dan 
diperlukan bagi menggantikan sistem usang warisan penjajah yang 
diteruskan oleh parti korup BN pimpinan Umno.
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
3 ulasan:
hadi awang memang pandai putar belik kerana gila kuasa
kamu hadi jangan angan2 setakat nak cakap kebajikan budak2 pun
tahu selama ini apa yg pas buat kebajikan kpd rakyat
oarang tua macam hadi awang patut kena berhenti dari menipu
orang tua macam hadi awang patut berundur dah tak releven dah
patut diganti dengan mat sabu lagi penipu besar tu..
kebajikan.. cerita lama dah tapi..habuk pun tak ada
Terima kasih kerana sentiasa memberi perhatian terhadap blog ini.
Catat Ulasan