NIK AZIZ HARAP KAUM INDIA KEKAL BERSAMA PR
>> 18 September 2011
KOTA
 BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul 
Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada
 Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai 
respons kepada surat permohonan Makkal Sakti untuk menjadi komponen 
Pakatan Rakyat.
Pemangku Presiden Makkal Sakti, A Vathemurthy, menyerahkan surat 
permohonan itu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim di
 sini, pagi tadi.
“Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam 
pilihan raya umum yang akan datang, insya Allah,” katanya.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sijil 
kepada wakil pelajar cemerlang sempena Majlis Sambutan 100 tahun 
Peranakan India Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), 
semalam.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan