BUKAN ISLAM PERLU TAKUT KEPADA KEZALIMAN UMNO, BUKAN HUDUD
>> 30 September 2011
Kuala Lumpur, 30hb Sep 2011.
 Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. 
Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia yang bukan beragama Islam hanya 
perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan
 statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara kita merdeka.
Menurut beliau lagi orang bukan Islam 
tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kerana ianya hanya 
terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan 
orang-orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam diberikan pilihan untuk
 memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.
“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka 
bimbang dan takut ialah kezaliman Umno-BN yang telah dilakukan sepanjang
 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui 
umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan” kata beliau.
“kalau kita lihat kadar jenayah yang  
berlaku di negara kita, ianya amat menggerunkan sekali, ini adalah 
sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan memberikan 
ancaman kepada perkembangan ekonomi negara, hudud pasti akan menjamin 
perkara seperti ini dapat diselesaikan”sambung beliau.
“Bukan Islam juga perlu tahu bahawa 
mereka tidak tertakluk kepada Undang-undang Hudud ini, namun kita tidak 
menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili 
dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong 
perlaksanaan hukum hudud ”tambah beliau lagi.
“Kita juga turut meminta agar mana-mana 
pihak yang bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan berkaitan 
dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan 
sebagai agama rasmi negara” ujar beliau lagi.(harakahdaily)
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan