KESEDERHANAAN ISLAM: NAJIB TAK IKHLAS - Wikileaks
>> 04 September 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika cuba menggambarkan
Malaysia sebagai suara Islam yang sederhana, tetapi melakukan sebaliknya
dalam percubaan untuk menarik sokongan orang Melayu, kata kabel
diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor.
Mengulas cubaan pentadbiran Najib yang mengendalikan kontroversial penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu agama yang lain, kedutaan itu curiga sejauh mana perdana menteri sanggup membuktikan Malaysia sememangnya bertoleransi terhadap kebebasan beragama.
"Sudah lama konflik antara komitmen parti pemerintah dengan prinsip kebebasan agama berbanding toleransi terhadap agama lain wujud,” kata kabel Kedutaan Amerika yang dihantar ke Jabatan Negara di Washington DC bertarikh 12 Januari tahun lalu.
"Usaha perhubungan awam Najib bagi tidak memperbesar-besarkan perbezaan antara kaum dan agama serta menggalakkan konsep toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipertahankan. Beliau mula memihak kepada pandangann pelampau berbanding pandangan popular berikutan pendirian keras pelampau dalam parti itu yang cuba dipaksa ke atas rakan-rakan ahli Umno yang lain.”
Pendedahan itu dimuat-naikkan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks minggu lalu.
Ia menyebut isu kalimah Allah, Kartika dan insiden kepala lembu serta beberapa yang lain berkaitan dengan amalan kebebasan beragama yang telah menimbulkan keraguan berhubung keikhlasan Najib menangani isu berkenaan.
"Di sebalik pelbagai usaha bagi meyakinkan penonton ekspatriat dan bangsa asing, kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tumpuan melindungi harta dan keselamatan mereka yang berkenaan tetapi melepaskan peluang membuat kenyataan yang jelas untuk menegakkan kebebasan agama di negara ini," petik kabel itu.
Menurut kabel itu lagi, dipercayai Najib berusaha keras untuk menawan sokongan pengundi Melayu sehingga sanggup mengorbankan untuk mewujudkan persekitaran sebenar kebebasan beragama.
Ini, katanya, terbukti dengan cara kerajaan mempergunakan badan kehakiman untuk campur tangan dalam isu Allah. Ini juga membabitkan bagaimana BN memanipulasi kenyataan umum termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, untuk menghantar mesej bahawa BN tidak akan tunduk terhadap larangan penggunaan Allah kepada orang bukan Islam.
Tindakan itu, jauh berbeza dengan kenyataan Najib di luar negara. Contohnya semasa kuliah di Oxford pada Mei lalu yang bertajuk 'Gabungan sederhana dan Persefahaman Antara Budaya', perdana menteri mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya yang berbeza bangsa dan agama.
"Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian mereka. Kami tidak hanya bertolak ansur antara satu sama lain tetapi juga menerima dan meraikannya bersama, " kata Najib semasa lawatan ke United Kingdom, atas undangan Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis).

(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan