CERITA SAAT-SAAT CEMAS
>> 04 September 2011
Kejadian tembakan ini berlaku cukup pantas di mana ketika itu krew 
BernamaTV, TV3, Astro  Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke 
asrama tempat mereka  tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas 
membuat liputan  pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran. 
 “Saya 
duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan  pacuan 
empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling  belakang 
di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar  Mazlan yang 
turut cedera.
Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan 
Noramfaizul berada  dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan 
yang bergerak dari  hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke 
hotel yang  menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.
“Sebelum
 memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya  terdengar bunyi 
tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di  bahagian lengan 
kanan.
“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami
 diserang  tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya 
dapat melihat  bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan
 yang amat  sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Aji
 Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki  pesawat 
C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk  pulang ke
 tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta  kesemua 
petugas media dan sukarelawan misi berkenaan. 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan