LAKUKAN JIHAD SEBAGAIMANA KITA BERPUASA
>> 02 September 2009
TELUK INTAN, 1 September - Sebahagian masyarakat Melayu hari ini berfahaman lebih menerima puasa sebagai satu perkara wajib dilakukan berbanding dengan seruan jihad. Sedangkan jihad itu adalah sama wajibnya dengan puasa. Demikian antara perkara yang disampaikan oleh penceramah jemputan dalam Program Ihya Ramadhan PAS Teluk Intan, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Ini merupakan siri kedua Program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan yang diadakan pada setiap minggu hari Selasa.
"Perkara ini tidak pelik kerana inilah yang dikatakan fahaman sekular yang telah dianuti oleh sebahagian besar orang Melayu terutama orang UMNO," tambah beliau lagi.
Ini adalah kerana fahaman sekular bermaksud menerima sebahagian dari ayat-ayat al Qur'an dan meninggalkan sebahagian ayat-ayat al Qur'an yang lain demi kepentingan tertentu. Beliau menambahkan, sedangkan perintah berjihad atau berperang (al qital) itu sama wajibnya dengan perintah berpuasa (as siam) di dalam bulan Ramadhan.
Beliau juga menarik perhatian hadirin tentang betapa terdapat tiga suasana Ramadhan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW di sepanjang hayat baginda menikmati Ramadhan sebanyak sembilan kali :
1. Baginda dan para sahabat terlibat dalam peperangan sebelum Ramadhan iaitu dalam bulan Syaaban.
2. Baginda dan para sahabat berhadapan peperangan di tengah-tengah Ramadhan iaitu Ghazwatul Badril Kubro yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah (iaitu tahun di mana puasa diwajibkan dalam bulan Ramadhan). Namun, masyarakat seolah sengaja dilupakan tentang peperangan tersebut kerana melebihkan peristiwa Nuzul al Qur'an. Sepatutnya kedua-dua peristiwa tersebut diingati dan disambut sebaik mungkin.
"Amat jarang kita lihat pihak kerajaan meraikan Badar al Kubro kerana mereka bimbang akan pemahaman masyarakat Islam tentang jihad sebenar", tambah Ustaz Tarmizi.
Selain Ghazwatul Badril Kubro, peristiwa pembukaan Kota Makkah juga berlaku dalam bulan Ramdhan yang juga menuntut kepada tahap jihad yang tinggi. Fathul Makkah telah berlaku pada 11 Ramadhan tahun 8H
3. Pada penghujung Ramadhan, Nabi dan para sahabat bersiap sedia dengan latihan peperangan kerana selepas Ramadhan peperangan al Ahzab telah berlaku pada 5 Syawwal.
"Kalau kitalah, raya ke-5 apa yang kita buat ? Tapi Nabi dan sahabat-sahabat pada raya ke-5 sudah berhadapan ujian getir iaitu pergi berperang (al Ahzab), " kata beliau lagi.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan