MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN ITU LEBIH BESAR WAJIBNYA DARIPADA MENCARI KEMENANGAN - USTAZ TARMIZI
>> 02 September 2009
TELUK INTAN, 1 September - Ahli-ahli PAS di Teluk Intan perlu sedar bahawa kewajiban berjihad mempertahankan kemenangan (di DUN Changkat Jong) itu adalah lebih besar daripada sewaktu berjihad mencari kemenangan. Demikian inti tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dalam slot Tazkirah Ramadhan sempena Program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Program telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak.
"Jika kita pentingkan akhirat, jangan kita malas atau segan untuk berjihad. Sibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam dan kerja-kerja jamaah," tambah beliau lagi.
Ustaz Tarmizi menambah lagi, jika kita malas atau segan untuk berjiha kita akan disiksa pedih dalam lima keadaan, iaitu :
1. Sewaktu sakaratul maut
2. Sewaktu di dalam lubang kubur
3. Sewaktu di padang mahsyar
4. Sewaktu di atas titian as sirat
5. Sewaktu di dalam neraka jahannam
Namun, sebaliknya jika kita membuat kerja-kerjamenegakkan agama Allah, kita akan beroleh lima nikmat pula, iaitu :
1. Selamat daripada azab di dalam kubur
2. Allah ampunkan dosa-dosa kita
3. Dapat masuk syurga
4. Didirikan istana indah di syurga
5. Nikmat kemenangan di dunia
Malang sekali. kesedaran masyarakat Islam terhadap kewajiban berjihad itu sangat kurang. Maka menjadi tugas kepada setiap ahli PAS untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan berjihad agar apa yang kita perjuangkan ini akan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada setiap cawangan agar mula mengaktifkan Bilik-bilik Gerakan UPU masing-masing sebagai persiapan menghadapi pilihanraya DUN Perak yang dijangka berlaku tidak lama lagi.
Akhirnya, beliau menyatakan bahawa setiap ahli PAS perlu menjadikan kerja-kerja pilihanraya atau kerja-kerja parti/jemaah ini sebagai satu amalan solih yang bakal kita bawa sewaktu berhadapan dengan Allah SWT kelak.
Sebelum itu, seperti biasa program Ihya Ramadhan dimulai dengan majlis bertahlil sebelum berbuka puasa beramai-ramai. Kehadiran pada program kali ini agak menggalakkan.
Kemudian program disambung dengan solat sunat Tarawih dan diahiri dengan majlis tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Insya Allah, pada program seterusnya iaitu pada hari Selasa 8 September, penyampai tazkirah jemputan ialah Ustaz Mustafa Shaari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Haji Mohamad Akram menerima empat kad ahli PAS bagi anak-anaknya daripada Ustaz Tarmizi.
Solat Tarawih dijalankan.
Bersedia menunggu waktu berbuka.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan