SIDANG DUN DIADAKAN DI HOTEL HERITAGE IPOH
>> 02 September 2009
Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.
ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.
Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:
1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).
2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.
Kronologi Sidang DUN di Hotel Heritage :
11:46 pagi : Sidang sudah bermula,bacaan doa sekarang.
11:49 pagi : Speaker V.Sivakumar memulakan sidang DUN sekarang.
11:52 pagi : ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming menyatakan kekesalan terhadap kekerasan sikap pihak polis sebentar tadi. Sekarang ini ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar Sudin membentangkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan.
11:58 pagi : Sekarang perwakilan membincangkan tentang perlantikan Speaker Haram Ganesan.
12:14tgh : YB Canning, Wong Kah Woh daripada DAP membahaskan laporan Jawatankuasa Hak & Kebebasan.
12:28tgh : Dewan meluluskan laporan daripada Jawatankuasa Hak & Kebebasan. Tuan Speaker mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menahan Speaker Haram Ganesan & Hee Yit Fong serta dipenjarakan selama 6 bulan.
12:59tgh : Salah seorang tahanan pihak polis, K Ananthan Pengerusi DAP diserang penyakit asma. Beliau telah dihantar ke Hospital Besar Ipoh.
Setakat ini ADUN Canning, YB Wong Kar Woh, ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming, ADUN Melintang, YB Kesevan, ADUN Teja, YB Chan Lih Kang, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj Mohd Zainuddin dan ADUN Kepayang, YB Loke Chee Yan telah membahaskan USUL TERGEMPAR tentang isu kelakuan jahat dan tindakan kekerasan terhadap ADUN Pakatan Rakyat pada pagi tadi.
01:35ptg : Pada masa ini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar sedang membahaskan usul.
01:40ptg : Setelah DS. Nizar menghabiskan ucapannya tadi, Speaker PR, V.Sivakumar menangguhkan sementara sidang sehingga tarikh dan masa yang dimaklumkan kemudian.
(sumber : Blog ADUN Pasir Panjang)
0 ulasan:
Catat Ulasan