SURAT KHABAR LAMAAA...!
>> 12 September 2009
SEREMBAN 11 Sept. - Semua 33 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketuanya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat UMNO bahagian malam tadi.
Dalam mesyuarat berasingan, 12 Ketua UMNO cawangan, 12 Ketua MIC cawangan dan empat Ketua MCA cawangan dalam kawasan DUN Bagan Pinang turut menyatakan sokongan kepada Mohd. Isa sebagai calon.
Antara yang hadir dalam mesyuarat UMNO Bahagian Teluk Kemang itu ialah timbalan ketuanya, Datuk Ismail Taib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Ismail Taib serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi. Ketua Pemudanya, Mohd. Faizal Ramli yang dihubungi mengesahkan keputusan sebulat suara yang dicapai UMNO bahagian itu semalam

0 ulasan:
Catat Ulasan