LIHATLAH SAMSENG-SAMSENG TAJAAN UMNO
>> 07 September 2009
Rakaman pada minit ke 6.00 ini menunjukkan seorang pemuda (melayu) menarik kerusi ketika seorang dewasa (berbangsa India) ingin duduk, menyebabkan beliau tersungkur jatuh.. tindakan seperti ini sudah pastinya mengundang 'malapataka' perkauman!.. apa reaksi orang India apabila melihat video ini? apakah insiden ini sebenarnya penguat hujah bahawa perhimpunan mengarak kepala lembu tempoh hari juga sebenarnya bertujuan menyindir dan menghina kaum lain?..
Keseluruhan rakaman video ini juga menunjukkan terdapat pihak yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan kekecohan dlm majlis dialog tersebut.. babak awal rakaman menunjukkan bagaimana 'samseng-samseng' ini menjerit-jerit sambil tersenyum dan tergelak.. apakah mereka ikhlas mahu meluahkan perasaan, atau sememangnya merekaikhlas' untuk mencetuskan kekecohan?..
Benarlah telahan beberapa pihak sebelum ini.. dasar perjuangan kebangsaan dan perkauman yang dibawa oleh Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini sememangnya tidak membawa keuntungan kepada negara berbilang bangsa seperti Malaysia, apatah lagi bertepatan dengan nilai-nilai yang diperjuangkan Islam..dasar ini bukan sahaja gagal menyatupadukan umat Islam, malah merenggangkan hubungan sesama bangsa lain.. bak kata seorang rakan, Melayu racist sangat bahaya! sepertimana bahayanya jika bangsa Cina dan India racist..
Apa yang pasti, jika wujud peristiwa berdarah rentetan dari kejadian2 ini, faktor utamanya sudah dapat dikenal pasti...inilah bahana perjuangan berasaskan bangsa dan perkauman! - ruangbicarapriamalaya* Tayangkan semula insiden ini di bagan pinang nanti. Biar rakyat lihat jahatnya kumpulan yang disokong oleh UmnoBN ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan