ADUN CHANGKAT JONG HULUR BANTUAN MANGSA BANJIR
>> 10 Mei 2011
TELUK INTAN, 10 Mei - Walaupun banjir telah reda di Kg. Changkat Jong namun itu tidak menghentikan kerja amal ADUN Changkat Jong untuk meninjau keadaan kampung tersebut.
Petang tadi, YB Anuar Sudin bersama-sama dengan Ketua PAS Cawangan Changkat Jong, Sdr. Salleh Ibrahim, telah melawat ke Lorong Mesra, Batu 7 1/2 Changkat Jong bagi meninjau keadaan rumah mangsa banjir setelah berlaku banjir pada minggu lalu. Mereka diiringi oleh Sdr. Khuzai bin Ahmad, wakil penduduk kampung tersebut.
Keadaan rumah-rumah selepas banjir. |
Hasil tinjauan mendapati kebanyakan penduduk sedang mengemas semula rumah mereka setelah dinaiki air separas pinggang. YB Anuar Sudin sempat berjumpa serta bertanya khabar kepada para penduduk.
Antara penduduk yang ditemui ialah Sdr. Darus bin Mat Rendah yang mengadu akibat banjir yang sering berlaku menyebabkan jalan di kampung tersebut telah rosak. Apa yang beliau kesalkan, walaupun telah dijanjikan oleh pihak JKKK namun jalan tersebut masih belum dibaiki.
Sdr. Darus mengadu kepada YB Anuar. |
Jalan yang telah rosak akibat kekerapan banjir. |
"Jalan ini dibuat pada tahun 2000. Sejak itu, ia belum dibaiki. Bayangkan, sudah 10 tahun usia jalan ini tetapi ia belum sekalipun dibaiki. Saya berharap jalan ini dapat diperbaiki segera bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan meberikan keselesaan kepada penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut," ujar beliau.
Seorang lagi penduduk, Mokhar bin Mat Sah, amat kesal akan ketidakprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.
Sdr. Mokhtar menetap di Lorong Mesra sejak tahun 1987. |
Sdr. Mokhtar menunjukkan YB Anuar atap dapur rumahnya yang bocor. |
"Kami cuma mahukan jalan yang dibaiki demi keselesaan penduduk kampung. Kami dijanjikan bermacam-macam namun satupun tidak ditunaikan," ujar beliau yang mengaku sebagai ahli UMNO Cawangan Kg. Glouster setelah menunjukkan kad ahlinya.
YB Anuar juga telah dibawa ke rumah Sdr. Mokhtar bagi meninjau keadaan atap dapur rumahnya yang banyak bocor. Masalah tersebut telah diambil perhatian oleh pihak ADUN Changkat Jong dengan tindakan mantan Ketua Kampung PR, Sdr. Salleh.
Sdr. Khuzai membantu YB Anuar mengagihkan beras kepada penduduk kampung. |
Di penghujung lawatan, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan beras kepada 10 keluarga.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan