CERAMAH SEMPENA HARI PEKERJA PADA 8 MEI INI
>> 05 Mei 2011
Demi keprihatinan serta memberikan informasi dan semangat kepada para pekerja maka PAS Negeri Perak menerusi Lujnah Pekerja akan menganjurkan satu ceramah bersempena Hari Pekerja yang telah disambut 1 Mei lepas.Ceramah tersebut akan diadakan pada 8 Mei 2011 bersamaan hari Ahad bermula jam 9.15 malam.
Menurut Pengerusi Lujnah Pekerja PAS Perak, Sdr. Hj. Mohd. Azhar Rafiei, ceramah tersebut bakal menampilkan tiga orang penceramah utama yang akan mebicarakan isu-isu berkaitan pekerja dan hak-hak pekerja. Penceramah tersebut ialah Hj. Mohamad Sabu, Peguam Hanipa Maidin dan Hj. Annuar Tahir.
Menurut beliau lagi, ceramah tersebut telah mendapat kerjasama dengan PAS Kawasan Tapah di mana tempat ceramah akan diadakan di Kompleks PAS Tapah, di hadapan Kilang Koalin, Jalan Bidor. Beliau menjemput orang ramai di sekitar Tapah, Bidor, Kampar, Teluk Intan serta kawasan-kawasan berhampir agar dapat datang beramai-ramai ke program ceramah tersebut.
intanhijau.blogspot.com
0 ulasan:
Catat Ulasan