PAS SASAR 100 RIBU AHLI SERTAI BERSIH
>> 21 Mei 2011
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi  menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9  Julai ini bermula jam 2 petang.
Himpunan yang  bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak  Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur  dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti. Beliau  berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama  lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam  mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
Beliau  berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama  lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam  mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita  berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu  himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini. Katanya,  tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan  BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Katanya,  tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan  BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Menurutnya  selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam  himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Baca selanjutnya ... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



























 
0 ulasan:
Catat Ulasan