HAJI NAJIB KATA PENGEBOM BERANI MATI BUKAN SYUHADA, BUKAN MEWAKILI ISLAM
>> 17 Mei 2011
OXFORD, 17 Mei — Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan.
Perdana Menteri menegaskan kesederhanaan bukan konsep yang asing kepada manusia dan juga bukan bersifat teori semata-mata.
Ketika menyampaikan syarahan di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford di sini, Najib berkata, kesederhanaan boleh membantu mencipta masa depan lebih baik sepertimana dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin pada tamadun-tamadun terdahulu.
Inikah Islam sederhana ? (Maaf, hanya gambar hiasan sahaja) |
“Jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun atau malahan antara orang Islam dan bukan Islam.
“Ia antara golongan sederhana dan ekstremis daripada semua agama,” katanya dipetik laporan Bernama.
Syarahan beliau bertajuk “Kesederhanaan dan Persefahaman Antara Tamadun”.
Memberikan contoh sikap sederhana yang diamalkan pada awal ketamadunan Islam, Barat dan pemimpin terkemuka seperti Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela, Najib berkata, prinsip kesederhanaan bukannya baru dalam Islam dan turut ditekankan dalam agama kristian dan agama lain.
“Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan sebagai Islam liberal atau ekstremis Islam, Islam konservatif atau Islam makrifat, jihad Islam atau Islam ihsan, Islam moden atau Islam pertengahan.
“Hanya Islam, cara hidup yang sempurna. Bersikap sederhana tidak boleh dianggap sebagai bacul, tidak berprinsip, lemah atau ihsan,” katanya.
“Dalam kitab suci Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka,” katanya.
Najib berkata mereka yang memasang bahan letupan di badan mereka dan meletupkan diri mereka bukannya tergolong sebagai syuhada dan tidak mewakili Islam.
Beliau berkata dunia bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana; menuntut agar tidak ada lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri, tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab.
“Kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global dan mampu untuk membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku. Melalui cara ini sajalah, kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan.”(malaysianinsider)
(Dr. Yusuf Qurdhawi berpendapat, pengeboman berani mati yang mensasarkan serangan ke atas kem-kem tentera musuh atau post-post musuh dianggap syahid seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palastin ke atas tentera Israil. Pendapat ini mendapat kecaman dari Amerika dan media-media kafir tetapi menjadi pendapat yang paling dipersetujui oleh ulamak dan juga orang-orang awam Islam. Bahkan ini juga selalu berlaku di Iraq dan Afghanistan, di mana pejuang-pejuang berani mati meletupkan diri dan meranapkan konvoi-konvoi tentera Amereka dan Nato. Perbuatan yang mengoyang keyakinan tentera kafir ini tidak dianggap bunuh diri, kerana pengertian bunuh diri adalah jika seorang muslim membunuh dirinya untuk melepaskan diri dari kehidupan yang malang.)
2 ulasan:
kah kah kah
ki ki ki
keh keh keh
oleh kerana pak aji ni dah keluar fatwa pasal pengebom berani mati ni, aku pun teringin nak tanya pak aji ni.APA PULA HUKUM BAGI ORANG LETUPKAN ORANG DENGAN BOM C4 TU?.
Catat Ulasan